Friday 16 November 2018

RAWATAN STRES PALING BERKESAN


Hidup manusia tidak terlepas daripada ujian dan masalah. Keadaan ini menyebabkan tekanan perasaan atau fikiran yang dipanggil stres. Jika tidak ditangani dengan baik ia boleh mendatangkan masalah kesihatan mental dan fizikal. Sesungguhnya, setiap perkara ada jalan penyelesainnya.

Solat lima waktu sehari semalam menjadi medan kita untuk mengadu, merintih dan memohon. Sembahyang menjadi penawar stres sebenar. 

Dalam solat, kita bukan sahaja merehatkan hati dengan rasa pasrah dan menyerahkan kepada Allah, tetapi kita juga meregangkan otot otot dengan melakukan rukun fili (pergerakan) dengan sempurna, tertib dan sistematik.

Apabila kita melaksanakan rukun qauli (bacaan) pula, kita mengatur pernafasan dengan membaca ayat ayat al-Quran, kalimah kalimah zikir dan doa dengan tenang.
   
Pada waktu itu juga, timbullah rasa harap, malu dan cinta dalam hati yang menganugerahkan satu ketenangan.

Sebenarnya, kita solat kerana Allah bukan untuk menghilangkan stress. Tetapi hamba yang berbuat sesuatu kerana Allah akan dikurniakan segala yang baik sama ada dari segi spiritual, mental, fizikal dan material.

Inilah antara kejayaan yang dimaksudkan apabila kita diajak oleh muazin untuk solat.

Kita tidak akan stress sekiranya benar benar meyakini bahawa ujian apa pun yang menimpa tidaklah melampaui keupayaan kita untuk menghadapinya sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: "Allah tidak menguji manusia melainkan  sepadan dengan keupayaan mereka menghadapinya." ( Surah al-Baqarah, ayat 286).

Justeru, apapun masalah yang menimpa dan dialami, hadapi ia dengan penuh kesabaran dan yakin bahawa Allah menguji kita untuk menjadi lebih baik.  

No comments:

Post a Comment