Saturday 2 March 2019

JURUBEKAM BERTAULIAH PROFESIONAL TERLATIH JADI PILIHAN


Ramai takut bekam kerana persepsi bekam kena toreh guna pisau.
Sebenarnya, bekam sudah dipermodenkan. Ramai jurubekam sudah beralih kepada penggunaan jarum bekam. Ia halus dan tidak sakit.

Kedalaman tusukan jarum juga boleh dilaras, jadi tidak ada kemungkinan jarum tertusuk amat dalam.

Tak sama jika menggunakan pisau toreh, kemunungkinan berlaku torehan yang dalam yang membuatkan luka torehan lambat sembuh. Bekas luka torehan juga akan meninggalkan parut yang nyata.

Lancet boleh di pilih saiznya (21G, 23G, 26G atau 28G). 28G ialah yg paling halus, digunakan untuk mencucuk muka supaya tak meninggalkan kesan jelas.

Kedalaman tusukan boleh dilaras pada pen bekam. Jadi kalaulah kata sakit (tak sakit pun...) bolehlah jarum itu dilaras tak dalam sangat. Cuma masalahnya, kalau tak dalam sangat darah tak nak keluar banyak pulak. Ketebalan kulit seseorang juga berbeza-beza.

Pilih jurubekam:
1. Islam (lebih afdal)
2. Berlainan jantina. Namun jurubekam wanita harus bekam pesakit lelaki untuk kes-kes tertentu. Jurubekam lelaki tidak boleh bekam wanita (melainkan muhrimnya)
3. Jurubekam yang mementingkan kebersihan. 
a) Bukan buat di tepi kaki lima, pasar pagi atau kawasan yg berdebu. 
b) Alatan bekam yang bersih (sekurang-kurangnya menggunakan antiseptik atau pembunuh kuman sinar UV). Jika berkemampuan boleh minta set bekam pakai-buang atau dikhususkan untuk anda seorang sahaja. Jarum bekam juga tidak dikongsi-kongsi.
c) Jurubekam memakai sarung tangan dan mask penutup mulut.
4. Bayaran rawatan bekam yang sederhana dan tidak keterlaluan. Kadar semasa ialah RM5-10/cup. Ada yang letak RM10-15 atau RM20 bergantung kepada kos operasi di kawasan tertentu. Kami beranggapan bayaran RM500 ke atas adalah amat tinggi. Malah ada laporan mengatakan ada yang meminta sehingga RM1200 untuk bekam satu badan.
5. Isu pengalaman jurubekam tidak patut dipertimbangkan. Ada jurubekam baru 2 bulan beroperasi tetapi hasil kerja dan ilmunya seolah-olah telah lebih 5 tahun beroperasi. Ada jurubekam yang mendakwa berpengalaman lebih 10 tahun, namun ilmu bekam dan amalan bekamnya tidak menggambarkan beliau sedemikian. Yang terpenting, pilihlah siapa boleh memberi rawatan yang terbaik.
6. Pilih jurubekam yang ikhlas untuk membantu.

KHIDMAT JURUBEKAM PROFESIONAL BERTAULIAH:
- Mohd Azmi Ismail - 01110945152 (Taiping, Perak)
- Mohd Shahrudin Ismail - 019-9212030 (Taiping, Perak dan Kota Bharu, Kelantan) 
- Mohd Jurik Ismail - 0199823735 (Bachok, Kelantan)

No comments:

Post a Comment