Ketupat palas tiga bucu memang sinonim
dengan rakyat Kelantan terutama pada musim perayaan. Boleh dikatakan ketupat palas
menjadi kuih wajib ada pada setiap musim perayaan.
Kalau dahulu, memang pada musim perayaan
sahaja boleh makan ketupat palas. Pada musim bukan perayaan memang sukar untuk mencari
ketupat palas.
Namun, sekarang ini tidak sukar untuk mencari
ketupat palas. Biasanya boleh didapati di pasar-pasar di seluruh Kelantan. Ketupat
palas sudah menjadi kuih tradisi yang boleh dibeli pada sepanjang tahun.
Harganya kini RM1 hingga RM1.50 setiap
biji bergantung kepada 'inti' yang ada di dalamnya.
Inti ketupat palas biasanya sambal atau
serunding, sama ada serunding ayam, daging atau ikan. Ada juga inti jenis kekacang
seperti kacang catak dan kacang merah.
Sebenarnya, kebanyakan ketupat palas tidak
mempunyai inti kerana rasanya sudah sedap dengan rasa pulut lemak dan sedikit manis.
Ketupat palas tawar pun ada.
Menariknya, ketupat palas juga kini ada
dipasarkan secara online. Ia boleh disimpan selama seminggu jika dimasak secara
betul dan dibungkus kemas.
No comments:
Post a Comment