Allahuakbar. Seorang wartawan Australia menceritakan
bagaimana beliau memeluk Islam setelah datang ke Malaysia. Sebelum ini, Sarah
Price, sering kali beranggapan masyarakat Asia Tenggara
sama seperti Arab di Timur Tengah mengenakan pakaian hitam kerana ditindas.
Tetapi, selepas kedatangannya ke Malaysia untuk sesi
pertukaran pelajar membuatnya membuka mata tentang cara hidup dan persekitaran
masyarakat Islam di sini. Bagaimanapun, Sarah tidak langsung memeluk Islam
ketika berada di Malaysia sebaliknya hanya melafazkan syahadah sebaik sahaja
berada di negara kelahirannya.
Selepas pulang ke Australia, beliau terus
mendalami agama Islam melalui beberapa rakannya.
“Perjalanan ke Malaysia pastinya menjadi asas bagi penukaran saya kepada Islam. Saya pergi ke sana selepas memutuskan untuk sesi pertukaran pelajar dan tidak sama sekali membayangkan pengembaraan gila saya ini mendedahkan diri saya kepada perkara yang tidak pernah saya dilihat sebagai seorang gadis Australia dari bandar kecil di Gippsland” kata Sarah.

Kisah beliau itu dikongsi melalui tulisannya di portal
berita Yahoo! News Singapura. “Saya tidak memeluk agama Islam di Malaysia
– saya memeluk agama Islam selepas setahun setelah diperkenalkan dengan
keindahan Islam dan cara mengesakan Allah”ujarnya.
Tambahan lagi,Sarah menyatakan bahawa beliau tidak
didedahkan tentang pengetahuan agama Islam sebelum ini.
“Sebelum ke Malaysia, saya tak tahu apa-apa tentang Islam. Saya tidak pernah bertemu dengan seorang Muslim dan saya selalu berfikir umat Islam memakai pakaian hitam seperti yang berlaku negara Timur Tengah” katanya.

Selain itu, tentang hak wanita dalam al-Quran, Sarah juga
pada mulanya menyangka kaum wanita Islam di negara ini ditindas dan amat jauh
ketinggalan daripada ‘tamadun’ manusia.
“Saya fikir wanita Islam ditindas. Mereka tidak boleh pergi ke mana sahaja tanpa suami mereka, malah mereka juga tidak boleh mempunyai kerjaya, dan terpaksa memakai hitam sepanjang masa” katanya.
“Saya fikir wanita Islam ditindas. Mereka tidak boleh pergi ke mana sahaja tanpa suami mereka, malah mereka juga tidak boleh mempunyai kerjaya, dan terpaksa memakai hitam sepanjang masa” katanya.
“Pandangan saya meleset sama sekali apabila saya tiba di
Malaysia. Sebaliknya saya mendapati gadis Islam di Asia Tenggara Islam sangat
cantik dengan hijab berwarna-warni pada pakaian mereka. Malah, ramai daripada
mereka pergi ke universiti dan mempunyai pekerjaan” ujarnya lagi.
Sarah memberitahu bahawa ekoran daripada itu beliau jatuh
hati pada agama Islam lebih-lebih lagi selepas beliau ditugaskan membuat satu
artikel mengenai hak-hak wanita Islam.
“Saya mahu belajar lebih lanjut mengenai agama Islam, mata dan minda saya telah terbuka apabila sebagai pelajar kewartawanan saya ditugaskan membuat satu artikel mengenai hak-hak wanita Islam. Itu adalah permulaan segala-galanya” jelasnya.

“Fikiran saya tiba-tiba penuh dengan pengetahuan tentang
Islam dan hakikat bahawa wanita mempunyai banyak hak dalam Islam! Wanita Islam secara
undang-undang telah diberikan hak-hak (termasuk perceraian, hak tanah, hak-hak
kewangan, hak untuk memilih siapa yang berkahwin, dan lain-lain) dalam al-Quran
dan Hadis beratus-ratus tahun sebelum wanita Barat memenangi hak yang sama”
jelasnya.
Tambahnya lagi, keinginan memeluk agama Islam bertambah
kuat apabila beliau melangkahkan kaki ke masjid dan mendengar seruan azan.
“Kali pertama saya melangkah masuk ke dalam sebuah masjid di Malaysia, saya rasa sangat tenang dan damai. Tunduk ke arah kaabah Seruan azan juga sangat menyentuh hati saya dan perasaan yang mana apa yang saya rasakan ini begitu berbeza dari sebelum ini” katanya dengan nada lembut.

“Apabila saya mula-mula menundukkan kepala saya ke arah
Kaabah, saya merasakan ia begitu dekat dalam hati saya” katanya lagi.
Bagaimanapun, mendekati dan menganuti agama Islam ini bukan sesuatu yang mudah. Apatah lagi bagi seorang pengikut setia agama Kristian ini.
Bagaimanapun, mendekati dan menganuti agama Islam ini bukan sesuatu yang mudah. Apatah lagi bagi seorang pengikut setia agama Kristian ini.
“Memeluk Islam bukan sesuatu yang mudah. Saya telah
menerima pelbagai ujian di mana saya hilang kawan dan pekerjaan serta berdepan
dengan situasi yang sukar bila berdepan dengan keluarga” jelas Sarah.
“Kristian sebenarnya adalah agama yang paling dekat dengan Islam, bukan sahaja dari segi teologi tetapi juga sejarah. Terdapat banyak salah faham tentang apa yang Islam ajar tentang agama Kristian” jelasnya.

“Satu-satunya perbezaan antara Kristian dan Muslim adalah
bahawa kita mengambil Isa sebagai nabi dan menyembah Allah. Islam mengajar
mengesakan Allah, dan menyembah Allah semata-mata dan percaya bahawa Isa
mengajar sendiri perkara ini” jelasnya lagi.
No comments:
Post a Comment