Kerajaan meningkatkan usaha galak minat membaca di kalangan rakyat sesuai dengan usaha melahirkan
rakyat yang berilmu. Sekarang boleh dikatakan semua
golongan muda boleh membaca. Jadi,
golongan ini tidak sukar untuk terus mendapat ilmu melalui pembacaan biarpun
telah berhenti dari alam persekolahan atau pendidikan formal.
Dalam tempoh masa sedekad lalu, negara mengalami
pembangunan pesat dalam mewujudkan pusat pengajian tinggi awam dan swasta.
Pendidikan tinggi negara bukan saja membuka peluang kepada rakyat, bahkan Malaysia kini menjadi hub pendidik tinggi yang menarik pelajar antarabangsa. Kini terdapat kira-kira 107 ribu pelajar asing menuntut di negara kita dalam pelbagai bidang.

Namun, dalam kita merasa bangga prestasi
pembangunan pendidikan negara, satu perkara yang masih mengecewakan ialah
pemugaran budaya membaca.
Kadar membaca rakyat Malaysia masih rendah jika dibandingkan dengan kadar celik huruf dan kebolehan mendapat bahaan bacaan dengan mudah.
Kadar membaca rakyat Malaysia masih rendah jika dibandingkan dengan kadar celik huruf dan kebolehan mendapat bahaan bacaan dengan mudah.
Perkara ini merenjatkan proses berterusan menuntut
ilmu. Didapati golongan pelajar hanya
membaca buku atau nota untuk tujuan peperiksaan. Selepas tamat pengajian amalan itu
ditinggalkan.
Mereka yang berjaya mendapat keputusan cemerlang
dalam peperiksaan belum tentu dapat digelar bijak pandai. Ini kerana ilmu
dipelajari di sekolah dan institut pengajian tinggi hanya sebahagian daripada
ilmu yang banyak.
Perlu ditegaskan, ilmu atau kemahiran yang diperoleh sepanjang belajar secara formal hanya asas dan ia perlu dikembangkan secara berterusan untuk menghadapi realiti ilmu yang sebenar.
Perlu ditegaskan, ilmu atau kemahiran yang diperoleh sepanjang belajar secara formal hanya asas dan ia perlu dikembangkan secara berterusan untuk menghadapi realiti ilmu yang sebenar.
Tambahan pula, apa yang dipelajari mudah dilupai
jika kita tidak terus membaca dari sumber lain untuk proses pengukuhan
ilmu. Ilmu yang dipelajari sebelum ini
mungkin menjadi ‘basi’ akibat perubahan masa dan teknologi. Maka, proses mengemaskini ilmu perlu
dilakukan melalui pembacaan.
Kita
dapat lihat bagaimana budaya membaca di kalangan rakyat Jepun diamalkan secara
meluas. Di mana-mana saja kita dapat
melihat orang membaca di Jepun seperti dalam kenderaan awam, di taman-taman dan
restoran sambil menikmati hidangan. Membaca
menjadi rutin rakyatnya tidak kira usia.
Jepun
yang mempunyai rakyat celik huruf yang tertinggi di Asia iaitu sebanyak 99
peratus. Industri buku berkembang pesat
di Jepun sehinggakan kedai buku di negara itu menjadi tempat istimewa untuk
dikunjungi.
Kedai buku menyediakan kemudahan dan layanan seperti hotel yang menyediakan lobi bagi memudahkan pengunjung membuat temu janji dan mengadakan sesi perbincangan.
Kedai buku menyediakan kemudahan dan layanan seperti hotel yang menyediakan lobi bagi memudahkan pengunjung membuat temu janji dan mengadakan sesi perbincangan.
No comments:
Post a Comment