Sambutan Hari Pahlawan diadakan bagi peringati jasa perajurit yang
gugur pertahan keamanan dan kemerdekaan tanah air dalam Perang Dunia Pertama,
Perang Dunia Kedua dan Zaman Darurat.
Kerajaan Malaysia telah mengiystiharkan tarikh 31 Julai sebagai
Hari Pahlawan sempena tamatnya darurat pada tarikh sebut pada tahun 1960.
Namun, acara sambutaan Hari Pahlawan pertama kali diadakan pada 4 Ogos 1968. Upacara julung kali itu telah diadakan di Tugu Negara, Kuala Lumpur mencatat sejarah acara sambutan yang kemudiannya diadakan setiap tahun.
Turut hadir di upacara tersebut Tan Sri Sardon Jubir, Menteri
Pengangkutan, diplomat-diplomat asing, orang-orang kenamaan dan pegawai-pegawai
angkatan tentera dan polis.
Upacara sambutan telah dimulakan dengan bertafakur bagi mengenang
pahlawan-pahlawan yang telah gugur, diikuti dengan bacaan doa dan meletakkan
kalungan bunga serta menaikkan bendera.
Satu perbarisan khas telah diadakan oleh sepasukan pegawai-pegawai
pasukan tentera. Upacara sambutan, yang sama juga telah diadakan di
negeri-negeri lain termasuk Johor, Perlis, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan
Sarawak.
Di Johor, upacara meletakkan kalungan bunga telah diadakan di Tugu
Peringatan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Osman Saat dan dihadiri oleh 300
orang terdiri dari pasukan tentera dan polis.
Di samping sambutan di Tugu Negara, kerajaan telah melancarkan
kutipan derma Rayuan Hari Pahlawan sebagai membantu para perajurit di seluruh
tanah air.
Biarpun tarikh 31 Julai diiystiharkan Hari Pahlawan, namun acara
sambutan tidak semestinya hanya pada tarikh tersebut. Ia bergantung kepada
keadaan atau keperluan.
Pelbagai acara diadakan sempena Hari Pahlawan ini bagi mengenang
jasa semua pasukan keselamatan tidak kira tentera atau polis sebelum dan
selepas Malaysia merdeka. Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Sebelum tahun 2010, acara sambutan Hari Pahlawan diadakan di Tugu Negara. Bagaimanapun, mulai tahun 2010 ini, kerajaan telah memutuskan lokasi sambutan dilakukan di dataran yang sesuai. Sebagai permulaan, Dataran Merdeka dipilih sebagai lokasi sambutan.
Pemindahan lokasi itu adalah sebagai mematuhi garis panduan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini yang menyatakan sambutan itu tidak boleh diadakan di kawasan yang mempunyai patung menyerupai manusia.
Dengan perpindahan tempat sambutan turut melibatkan perubahan acara yang diadakan. Acara sambutan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Jakim dan disahkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Keputusan Majlis Fatwa Malaysia menjelaskan mengenai acara sambutan Hari Pahlawan iaitu amalan seperti tiupan "Last Post", bertafakur dengan menundukkan kepala, meletakkan kalungan bunga, bacaan sajak, nyanyian dan tiupan "Rouse" yang dilakukan di hadapan tugu dalam upacara menyambut Hari Pahlawan adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik.
Selain itu bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan dengan syarat tidak dilakukan di hadapan tugu atau di tempat atau dalam suasana yang dilarang oleh syarak.
Sebelum kerajaan mengambil keputusan menukar acara sambutan dan lokasi, acara sempena Hari Pahlawan diadakan di hadapan Tugu Negara berhampiran Panggung Aniversari, Tasik Perdana, Kuala Lumpur.
Ia melibatkan acara letak kalungan bunga oleh pemimpin negara iaitu Yang Dipertuan Agong dan Perdana Menteri serta ketua pasukan keselamatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan ketiga-tiga cabangnya serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bertafakur selama seminit di Tugu Negara.
Acara tradisi ketenteraan lain yang diadakan ialah tiupan “Last Post” dan “Rouse” serta deklamasi sajak juga dilakukan di hadapan tugu.
Manakala acara-acara keagamaan seperti majlis bacaan doa selamat, yasin, tahlil dan sebagainya juga diadakan di Masjid Negara.
Setiap warganegara wajar mengingati tarikh 31 Julai setiap tahun sebagai satu cara mengenang budi dan bagi mengingati kembali perit jerih erti perjuangan para pahlawan negara yang telah banyak berkorban demi kemakmuran negara.
Mungkin, Hari Pahlawan di Malaysia tidak sehebat di negara lain, tetapi jangalah pula ia dilupakan langsung.
Ingatlah, kenikmatan yang dikecapi kini adalah hasil keringat dan darah para pahlawan yang mempertaruhkan nyawa demi kedaulatan negara.

No comments:
Post a Comment