Wajib taat pemimpin dan elak perpecahan sesama sendiri. Bina kekuatan
pertahan Islam, haram sokong pemecah belah yang hancurkan Islam.
Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi menegaskan, fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.
Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi menegaskan, fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.
Dr. Sulaiman turut menegaskan adalah haram
bagi umat Islam menyokong kumpulan yang berniat atau bertindak mahu menjatuhkan
kerajaan Islam yang memerintah walaupun dalam kepimpinan didapati berlaku
kesalahan melibatkan hukum syarak.
Selain itu, beliau juga berhujah tindakan
untuk menjatuhkan kerajaan Islam adalah tidak dibenarkan agama, apatah lagi
jika umat Islam itu mahu menggantikan dengan pemerintahan yang boleh
mendatangkan bahaya lebih besar.
Kita tidak boleh memandang remeh apatah lagi
melihat dari pandangan politik sempit terhadap peringatan Dr. Sulaiman bahawa,
''tindakan untuk menjatuhkan kerajaan Islam adalah tidak dibenarkan agama,
apatah lagi jika umat Islam mahu menggantikan dengan pemerintahan yang boleh
mendatangkan bahaya lebih besar.''
Justeru adalah lebih baik jika orang Melayu
tanpa mengira fahaman politik berfikir dengan matang. Pandangan Dr.
Sulaiman yang sudah tentulah tidak mempunyai apa-apa motif politik.
Sebaliknya, Dr. Sulaiman memberi pandangan
kerana berpendapat adalah tidak wajar demi merebut kuasa politik sebuah
kerajaan Islam mahu ditumbangkan.
Malaysia menjadi negara Islam contoh di
kalangan seluruh negara Islam. Bahkan, amalan yang ditunjukkan oleh
penganut Islam di Malaysia turut dikagumi oleh bukan Islam seluruh dunia.
Sebab itu, kedudukan Malaysia sebagai negara
Islam dikagumi di seluruh dunia, termasuk di kalangan kuasa besar termasuk
Amerika Syarikat.
Jika ada kelemahan pun ia tidak sampai
menjejaskan kedudukan Islam di Malaysia, justeru adalah lebih baik jika
pemimpin yang mengaku memperjuangkan Islam bertindak memberi pandangan secara
ikhlas dan jujur bagi memperbaiki keadaan, bukannya hanya mengejar impian
politik semata-mata.
Kesungguhan pihak memperjuangkan Islam
dilihat hanya untuk kepentingan politik. Sepanjang perjuangan mereka,
tidak ada ada yang dilihat membawa kepada kebaikan. Sebaliknya, apa yang
berlaku ialah perpecahan sesama Islam.
Tenaga dan potensi umat Islam di Malaysia
terbantut disebabkan perpecahan sesama sendiri.
Sepatutnya jika ada kelemahan berilah teguran
secara berhemah dan bukannya merendah-rendahkan pihak lain, malah apa yang
lebih buruk jika ia disertai dengan maki hamun serta cercaan.
Sikap seumpama ini bukan sahaja bertentangan
dengan ajaran Islam malah akan menyebabkan usaha menyatukan umat Islam di
negara ini menjadi bertambah rumit dan sukar.
Islam yang dilihat sukakan perpaduan telah
dicemari oleh sikap umat Islam sendiri yang gilakan kuasa.
No comments:
Post a Comment