Gerakan
perjuang hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta pengamal seks
songsang merupakan pengikut jejak syaitan. Mereka laku perkara luar tabie untuk
puas nafsu sarakah dan ghairah tidak menentu.
Tindakan tidak normal dan cuba mencabar kejadian Allah yang telah menetapkan aturan dan cara terbaik untuk memuaskan nafsu secara murni dan mendatangkan kebaikan kepada pelakunya, keluarga, masyarakat dan seluruh alam ini.
Tindakan tidak normal dan cuba mencabar kejadian Allah yang telah menetapkan aturan dan cara terbaik untuk memuaskan nafsu secara murni dan mendatangkan kebaikan kepada pelakunya, keluarga, masyarakat dan seluruh alam ini.
Justeru itu, telah tiba masanya untuk semua umat Islam di negara ini bangkit dan menentang secara habis-habisan terhadap pejuang serta pengamal LGBT kerana sekiranya perbuatan menjijikkan itu jika dibiarkan, ia boleh mengundang bala daripada Allah SWT.
Di dalam al-Quran, Allah telah menceritakan bagaimana umat Nabi Lut ditimpa bala bencana yang amat dahsyat hanya disebabkan menularnya budaya gay.
Sedangkan apa yang berlaku sekarang lebih
teruk lagi apabila wujudnya tiga lagi jenis seks songsang iaitu lesbian,
biseksual dan transgender.
Untuk menghalang daripada amalan ini merebak di negara kita, antara langkah yang perlu diambil ialah menolak mana-mana pemimpin yang memperjuangkan hak golongan ini.
Pemimpin itu perlu dijauhi, tidak melakukan
kerjasama atau apa-apa hubungan, termasuk dalam hal-hal lain.
Jika individu menyokong perjuangan golongan LGBT diangkat menjadi pemimpin, bermakna turut menyokong atau bersetongkol dengan perjuangan mereka. Sesungguhnya bala besar bakal menimpa negara jika LGBT diterima sebagai satu amalan.
Amalan LGBT yang semakin diterima di Barat, sama sekali tidak sesuai untuk rakyat Malaysia yang beragama Islam, mahupun bukan Islam.
Nilai-nilai Timur yang diamalkan dalam
kehidupan rakyat Malaysia menolak amalan songsang LGBT. Maka itu, sesiapa
yang membawa atau ingin mengamalkan amalan LGBT perlu ditolak sama.
Perihal sikap manusia melawan tabie kejadian
ini berlaku pada zaman Nabi Lut. Kisah
gay ada diceritakan dalam al-Quran.
Firman Allah bermaksud: "Mengapa kamu
mendatangi jenis lelaki di antara manusia, dan kamu tinggalkan isteri-isteri
yang dijadikan Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui
batas.”(Surah Asy-Syuaraa, ayat 165-166).
Ajakan Nabi Luth agar umatnya kembali kepada kehidupan yang benar ditolak oleh umatnya. Malah mereka perli Nabi Luth agar turut sama melakukan amalan penuh kepura-puraan itu.
Sebagai balasan, umat Nabi Luth ini dihancurkan dengan cara diterbalikkan bumi lalu dihujani dengan batu belerang yang terbakar secara bertubi-tubi.
Selama ribuan tahun terkubur, kini jejak atau
sisa-sisa kehancuran umat Nabi Luth ini berhasil ditemukan oleh para ahli
arkeologi di sekitar Laut Mati.
Kita harapkan tidak ada pihak mengamalkan
seks songsang ini dan tidak ada pula yang menjadi penyokong mereka.
Sesungguhnya amat pedih balasan daripada Allah SWT terhadap mereka yang ingkar
kepada perintah dan syariat yang telah ditetapkan agama kepada seluruh
manusia.
Mengapa kita memilih jalan hidup yang salah,
sedangkan yang benar itu lebih baik dan mengelak keburukan. Hanya orang gila dan hilang
panduan hidup yang mengamalkan perkara buruk, sedangkan perkara baik ada
terhidang untuk dilakukan.
No comments:
Post a Comment