Kes buang bayi bukan kes terpencil apabila
angka dicatatkan menggambarkan masalah semakin membimbangkan. Fenomina buang
bayi menggambarkan wujud kepincangan isu keruntuhan moral, nilai dan sosial di
kalangan masyarakat yang perlu ditangani lebih berkesan.
Gejala pembuangan bayi tidak lagi dianggap jenayah
bermusim kerana setiap saat sebenarnya, di seluruh dunia ada saja kes itu
dilaporkan.
Pembuangan
bayi berlaku apabila bayi dilahirkan hasil hubungan terlarang atau zina. Anak
yang dilahirkan akan mendedahkan kepada masyarakat tentang perbuatan sumbang
yang dilakukan.
Jika
keadaan itu berlaku, ia mendatangkan aib kepada ibu yang melahirkan anak itu,
pasangannya serta keluarga.
Justeru,
langkah terakhir untuk menutup perbuatan sumbang itu ialah menghapuskan 'bukti'
dengan membuang bayi yang baru dilahirkan sama ada masih hidup atau telah mati.
Untuk
mencegah kes ini, foktor yang menyumbang kepada perbuatan zina perlu dihalang.
Antara amalan yang perlu dikawal atau dihalang ialah pergaulan bebas lelaki
perempuan, pengaruh pronografi, pendedahan salah berkaitan seks dan media
massa.
Pergaulan
bebas lelaki dan perempuan banyak menyumbang perbuatan zina. Sikap mengambil
mudah soal batasan pergaulan menyebabkan hilang perasaan malu dan etika menjaga
maruah diri.
Perlu
diingat, apabila malu telah hilang pada diri seseorang, maka mudahlah berlaku
perkara yang dilarang agama. Ketika itu mereka tidak fikir lagi soal buruk akan
ditanggung.
Sudah
menjadi adat, apabila berlaku pergaulan bebas, satu pihak lain iaitu syaitan
akan mempengaruhi melakukan perbuatan lebih buruk iaitu zina. Rasa ghairah
timbul apabila lelaki dan perempuan bersentuhan.
Dunia
pronografi kini tersebar luas melalui pelbagai cara. Medium paling meluas ialah
melalui internet. Filem dan gambar pronografi tersebar meluas dalam internet
mudah dicapai atau dilayari oleh sesiapa saja, termasuk pelajar sekolah
rendah.
Akibat
melihat pronografi mendorong mereka untuk meniru aksi itu. Mereka menganggap
itu satu perkara biasa yang perlu dilakukan setiap orang. Mereka akan mencari
pasangan untuk melakukan perbuatan seperti ditonton.
Seks
adalah satu perbuatan murni atau baik jika dilakukan oleh pasangan suami
isteri. Dalam Islam amalan itu dituntut untuk memenuhi naluri atau sifat
semulajadi manusia. Seks juga untuk melahirkan zuriat yang sah nasabnya.
Malang
sekali, golongan muda menjadikan seks pemuas hawa nafsu semata-mata. Mereka
ingin meniru seperti apa dilakukan pasangan suami isteri. Sekarang ini tidak
asing jika ada pasangan kekasih tinggal serumah seperti suami isteri biarpun
belum dikahwinkan secara sah.
No comments:
Post a Comment