Fungsi
masjid tempat ibadat dan menyatukan umat Islam tanpa mengira kedudukan, bangsa
dan asal usul. Semua orang Islam berhak memasuki dan memakmur masjid
sepertimana dituntut Islam. Justeru, di masjid dilarang dijadikan
gelanggang sebar rasa benci terhadap sesiapa saja.
Kesucian
masjid perlu dipertahankan dan tidak seharusnya dicemarkan semata-mata kerana
ingin mencari pengaruh atau mengaut keuntungan politik.
Tindakan
itu yang boleh menimbulkan kebencian dan perpecahan di kalangan umat Islam.
Kejadian itu jauh bertentangan dengan fungsi masjid sebagai tempat menyatukan
umat Islam.
Sesungguhnya,
Nabi Muhammad SAW melarang masjid dijadikan platform untuk menabur fitnah,
kebencian serta merosakkan perpaduan umat Islam.
Sebenarnya,
perbuatan menimbulkan perpecahan bukan saja ditegah dilakukan di masjid, bahkan
di mana-mana saja. Islam mementingkan persaudaraan dan perpaduan, lalu menegah
sebarang perkara yang boleh membawa kepada kehancuran dan kemusnahan.
Sepatutnya,
umat Islam mengambil kesempatan menjadikan masjid sebagai medan menyatukan
ummah.
Individu
hadir ke masjid bertujuan satu iaitu mengesakan Allah dan meningkatkan takwa
yang bersedia melakukan apa yang disuruh dan menjauhkan apa yang ditegah.
Masjid
adalah tempat untuk melakukan ibadah dalam keadaan tenang dan tenteram. Sesiapa
hadir ke masjid perlu membersih diri daripada agenda lain, kecuali untuk
beribadat.
Peranan
sebenar masjid adalah berdakwah secara bijaksana dan berhikmah serta mengajak
ummah ke jalan yang benar.
Di masjid seruan perpaduan perlu diutama. Semua
yang hadir ke masjid adalah tetamu Allah. Apa yang dilakukan semata-mata kerana
Allah.
Tindakan
pihak yang menjadikan masjid sebagai medan politik kepartian menyebabkan mereka
berlainan ideologi politik tidak akan hadir. Ini secara langsung
menyebabkan perpecahan.
Sedangkan Islam mementingkan perpaduan dan antara
tempat menyatukan umat Islam adalah di masjid.
Gambar sekadar hiasan
No comments:
Post a Comment