Apabila kita
berbincang mengenai jenayah maka sudah tentu perkara yang berlegar dalam
fikiran kita ialah sesuatu perbuatan kejahatan yang salah di sisi undang-undang
telah dilakukan. Apabila kita
bercakap mengenai jenayah aqidah, maka ia berkaitan kepercayaan, keyakinan, dan
keimanan.
Ungkapan
perkataan aqidah akan merujuk kepada perihal keimanan, kepercayaan serta
keyakinan. Ini juga bermakna, bahawa perkataan aqidah adalah sinonim dengan
perkataan keimanan atau iman yang mana di dalam konteks ini selaras dengan
penggunaan al-Quran.
Firman Allah
SWT bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal
saleh, mereka diberi petunjuk oleh Tuhan mereka karena keimanannya di bawah
mereka mengalir sungai-sungai di dalam syurga yang penuh kenikmatan. (Surah
Yunus, ayat 9).
Aqidah dan
keimanan itu merupakan dua istilah yang mempunyai konotasi makna yang sama dan
dengan itu kedua-duanya boleh ditukar gantikan penggunaannya.
Dalam Kamus
Dewan, Edisi Ketiga, jenayah bermaksud perbuatan kejahatan (seperti
mencuri, merompak, membunuh dan lain-lain lagi) yang salah di sisi
undang-undang, perbuatan salah di sisi undang-undang, perbuatan criminal.
Aqidah pula
bermaksud kepercayaan, keyakinan.
Jika kita lihat
pengertian aqidah menurut pandangan Islam, dari segi bahasa merupakan satu
perkataan yang berasal dari bahasa Arab. Makna literalnya merujuk kepada
“ikatan kemas” atau ‘simpulan mati” yang melambangkan adanya unsur-unsur makna
macam kekuatan dan keyakinan.
Firman Allah
SWT bermaksud: “Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang
tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Dia menghukum kamu disebabkan
sumpah-sumpah yang kamu sengaja, Maka kaffarat (melanggar) sumpah itu, ialah
memberi Makan sepuluh orang miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan
kepada keluargamu, atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang
budak. barang siapa tidak sanggup melakukan yang demikian, Maka kaffaratnya
puasa selama tiga hari. yang demikian itu adalah kaffarat sumpah-sumpahmu bila
kamu bersumpah (dan kamu langgar). dan jagalah sumpahmu. Demikianlah Allah
menerangkan kepadamu hukum-hukum-Nya agar kamu bersyukur (kepada-Nya)” (Surah
al-Maidah, ayat 89).
Dari segi
istilah, apabila aqidah diangkat menjadi istilah khusus atau teknikal, maka
secara umumnya merujuk kepada kepercayaan dan keyakinan yang cukup pasti
terhadap sesuatu tanpa ada sebarang rasa syak serta keraguan.
Oleh itu,
dalam perspektif Islam, istilah aqidah atau iman dalam konteks teknikal ini
tidak cukup untuk menjadi boleh diterima sekiranya ianya hanya terungkap dalam
pengisytiharan luaran semata-mata, kerana dalam kehidupan pada hari ini cukup
ramai sekali golongan yang hanya mengisytiharkan secara zahir bahawa mereka
beriman sedangkan di hati mereka sedikit pun tidak wujud walau sekelumit iman
tersebut.
Firman Allah
SWT: “Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman
kepada Allah dan hari kemudian," pada hal mereka itu Sesungguhnya bukan
orang-orang yang beriman. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang
beriman. Padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak
sedar. (Surah al-Baqarah, ayat 8-9).
Istilah aqidah
atau iman yang tulen itu, dalam pandangan Islam tidak juga hanya merujuk kepada
penunaian serta pelaksanaan tugas-tugas atau syiar tertentu seperti selayaknya
dilaksanakan oleh kalangan orang yang memiliki aqidah. Kerana terdapat ramai
kalangan dajal yang hanya bermuka-muka dan menunjuk-nunjuk melakukan perkara
kebaikan, sedangkan hatinya penuh dengan kedurjanaan dan tidak ada keikhlasan
terhadap Allah SWT
Firman Allah
SWT: “Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas
tipuan mereka. dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan
malas. mereka bermaksud riya (dengan shalat) di hadapan manusia. dan tidaklah
mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali. (Surah an-Nisa, ayat 142).
Allah SWT telah mengangkat
martabat manusia lebih tinggi berbanding dengan makhluk ciptaan Allah yang lain
melalui pengurniaan akal fikiran. Keberadaan akal membolehkan manusia
berfikir mencari kebenaran hidup.
Malangya, masih ramai manusia tidak menggunakan akal fikiran kurniaan Allah SWT yang menyebabkan pegangan aqidah terpesong.
Oleh sebab itu, umat Islam di Malaysia sering dikejutkan dengan berita-berita yang menjurus kepada kerapuhan dan keruntuhan aqidah seperti isu ajaran sesat dan keprcayaan kurafat.
Situasi ini tidak wajar dipandang mudah, sebaliknya satu masalah yang cukup serius dan amat membimbangkan umat Islam seandainya tidak dibendung dan diatasi dengan segera oleh pihak yang bertanggungjawab.
Malangya, masih ramai manusia tidak menggunakan akal fikiran kurniaan Allah SWT yang menyebabkan pegangan aqidah terpesong.
Oleh sebab itu, umat Islam di Malaysia sering dikejutkan dengan berita-berita yang menjurus kepada kerapuhan dan keruntuhan aqidah seperti isu ajaran sesat dan keprcayaan kurafat.
Situasi ini tidak wajar dipandang mudah, sebaliknya satu masalah yang cukup serius dan amat membimbangkan umat Islam seandainya tidak dibendung dan diatasi dengan segera oleh pihak yang bertanggungjawab.
No comments:
Post a Comment