Namun,
undang-undang semata-mata tidak memberi apa-apa makna. Maka itu, penguatkuasaan
undang-undang amat penting untuk memastikan salahlaku etika tidak terus
berlaku.
Sesiapa yang melakukan perkara berlawanan dengan apa ditetapkan dalam undang-undang, maka hendaklah dia dikenakan tindakan berdasarkan kepada peruntukan yang dinyatakan dalam undang-undang.
Sesiapa yang melakukan perkara berlawanan dengan apa ditetapkan dalam undang-undang, maka hendaklah dia dikenakan tindakan berdasarkan kepada peruntukan yang dinyatakan dalam undang-undang.
Sebagai contoh
Akta Kawalan Harga 1946 menjelaskan di antara kesalahan peniaga ialah gagal meletakkan tanda harga pada barangan jualan. Mana-mana
peniaga yang gagal berbuat demikian bagi kesalahan pertama orang perseorangan
denda boleh dikenakan sehingga RM15,000.00 atau 2 tahun penjara atau
kedua-duanya dan kesalahan berikutnya denda sehingga RM25,000.00 atau 5 tahun
penjara atau kedua-duanya.
Jika penguatkuasaan dilakukan
sepenuhnya, ia tentu dapat mengatasi masalah salahlaku etika di kalangan
peniaga. Untuk penguatkuasaan ini, tindakan bukan saja bergantung kepada
pegawai penguatkuasa semata-mata, bahakan lebih penting ialah penyertaan
bersama pengguna.
Mana-mana pengguna yang merasakan
dirinya tertipu atau mengesan ada penipuan dilakukan oleh peniaga, maka mereka
perlu melaporkan perkara itu kepada pegawai penguatkuasaan untuk dikenakan
tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang.
Perkara ini penting untuk
menghalang perkara itu terus berlaku dan pada masa yang sama memberi pengajaran
agar peniaga itu tidak akan meneruskan atau mengulangi perbuatan salah itu.
Pada masa yang sama ia memberi peringatan kepada peniaga lain agar tidak
melakukan kesalahan yang sama.
Satu lagi
langkah untuk mengatasi salah latku etika ialah pembinaan etika itu
sendiri. Etika adalah prinsip berkaitan akhlak. Akhlak yang baik akan
membimbing seseorang melakukan perkara baik dan menjauhkan daripada melakukan
perkara buruk sama terhadap diri sendiri mahupun orang lain.
Salahlaku
etika bermakna melakukan sesuatu yang mendatangkan keburukan. Dalam kes
peniaga, salahlaku etika sudah tentu sesuatu yang melibatkan kerugian kepada
pengguna.
Maka untuk mengelak gelaja buruk berkaitan salahlaku etika, maka pemupukan atau pembinaan etika perlu dilakukan terhadap peniaga. Mereka perlu diberi kesedaran bahawa perkara yang baik dilakukan tentunya mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri. Peniaga yang baik tentunya disenangi oleh pembeli.
Maka untuk mengelak gelaja buruk berkaitan salahlaku etika, maka pemupukan atau pembinaan etika perlu dilakukan terhadap peniaga. Mereka perlu diberi kesedaran bahawa perkara yang baik dilakukan tentunya mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri. Peniaga yang baik tentunya disenangi oleh pembeli.
Hubungan baik
antara peniaga dengan pembeli akan membentuk kesetiaan, di mana pembeli akan
sentiasa membeli di situ setiap kali ingin membeli. Dengan kata lain, peniaga
berpeluang mendapat keuntungan lebih untuk tempoh masa yang lama. Nama baik dan
kesetiaan adalah elemen penting dalam perniagaan.
Sebab itu,
peniaga perlu menjaga etika dalam melakukan perniagaan. Biarlah tidak dapat
mengaut keuntungan besar dalam tempoh masa singkat, tetapi apa yang penting
ialah perniagaan terus berkembang dalam tempoh masa lama.
Sesungguhnya,
pembeli yang berpuashati dengan peniaga bukan saja meneruskan kesetiaan, tetapi
juga akan mempromosikan atau memperkenalkan kepada rakan dan saudara mara untuk
turut sama membeli di situ.
Salahlaku
etika satu perkara amat buruk. Sebab itu, gejala ini perlu dihapuskan segera.
Masyarakat yang terbiasa dengan salahlaku etika dalam pengurusan akan
menganggap perkara itu ’wajib’ dilakukan. Jika ini berlaku, masyarakat dan
negara akan hancur.
Sesuatu yang
buruk sudah pasti merosakan, merugikan dan menindas. Dalam keadaan itu tidak
lagi wujud perasaan saling menghormati dan kasih sayang. Siapa yang bijak
melakukan penipuan, dia akan berkuasa. Yang lemah terus ditindas dan mengalami
kerugian.
Dalam suasana
itu, maka perasaan curiga, benci dan persengketaan akan bertambah buruk. Ia
bukan saja berlaku dalam hal berkaitan tertentu saja, tetapi juga akan merebak
dalam perkara-perkara lain.
Maka sebab
itu, perlaksaan etika murni perlu diterapkan dalam diri setiap rakyat. Perkara
ini amat penting bagi menjayakan misi mencapai status negara maju. Maksud maju
bukan sekadar pada pandangan fizikal atau kebendaan semata-mata. Tetapi, ia
juga turut merangkumi soal berkaitan nilai-nilai murni yang diamalkan oleh
rakyat.
Banyak negara
maju kini berdepan masalah apabila rakyatnya terdedah kepada salahlaku etika
yang seriau. Mereka lebih mementingkan diri sendiri dan sanggup melakukan
apa saja asalkan apa yang diingini tercapai. Akibatnya, banyak perkara
yang salah dilakukan.
No comments:
Post a Comment