Kuasa Yang
di-Pertuan Agong mempunyai hak dari sudut Perlembagaan untuk mengetahui hal
ehwal kerajaan. Baginda menghadiri mesyuarat Majlis Raja-raja, diiringi oleh
Perdana Menteri (PM).
Setiap
awal pagi Rabu sebelum mesyuarat Kabinet, PM menemui baginda untuk memaklumkan
perkembangan negara dan perkara-perkara yang mungkin menarik perhatian baginda.
Baginda boleh menggunakan sesi ini untuk memberi pandangan kepada PM.
Bahagian IV Bab 1 Perlembagaan Persekutuan menegaskan banyak
perkara penting berkaitan kedudukan Yang Dipertuan Agong.
Ada
beberapa perkara, terutamanya sejarah feudal telah terserap ke dalam
Perlembagaan Malaysia. Salah satunya adalah perkataan 'Raja' dan 'kerja',
disatukan untuk menjadikan kerajaan di mana Sultan atau Raja adalah lambang
kuasa dan kedaulatan.
Negeri
Melayu berdaulat yang kuno bertakhtakan Raja atau Sultan masih lagi subur di
dalam negeri-negeri yang diketuai Sultan di Semenanjung pada hari ini.
Kini
Raja digelar sebagai Raja Berperlembagaan tetapi hakikatnya mereka masih
mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar ke atas masyarakat, khususnya orang
Melayu.
Dari
fakta keputusan pilihan raya, Yang di-Pertuan Agong sudah dapat memastikan
ketua parti mana yang layak dan dapat menguasai keyakinan bilangan besar, iaitu
parti yang memiliki kerusi terbanyak di Dewan Rakyat.
Frasa
'percaya dapat menguasai' ini mungkin disalahtafsirkan bahawa Yang di-Pertuan
Agong berhak sepenuhnya membuat penilaian dan pemilihan secara subjektif dalam
pelantikan seseorang Perdana Menteri.
Tetapi,
apabila diteliti keseluruhan ayat ini dan atas dasar prinsip yang diterima,
Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melantik sesiapa sahaja yang beliau berkenan.
Orang
yang bakal dilantik sebagai Perdana Menteri mestilah seseorang yang dapat
menguasai keyakinan sebilangan besar ahli Dewan Rakyat.
Artikel
40 memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong hampir dalam semua perkara
bertindak atas nasihat Kabinet.
Dalam
konteks ini, Yang di-Pertuan Agong dipandang sebagai pemegang kuasa tertinggi
kerana semua perkara yang dilaksanakan sebagai sebuah kerajaan dilakukan bagi
pihak baginda. Kedudukan baginda sebagai Komander Tertinggi Angkatan Tentera
menunjukkan lingkungan kedudukan baginda sebagai eksekutif yang tinggi.
No comments:
Post a Comment