Sesungguhnya terdapat perbezaan amat
ketara antara Islam dengan parti politik. Jadi tidak mungkin ada parti politik
yang dapat berperanan sebagai parti untuk umat Islam. Islam tidak mengasing-asingkan
umatnya berdasarkan parti politik. Islam mengajak manusia mementingkan
perpaduan dan mengelak persengketaan.
Allah SWT menurunkan Islam untuk
seluruh manusia tanpa mengira batasan geografi, pemerintahan, bangsa dan
budaya. Sedangkan parti politik hanya untuk sesiapa yang mendaftar sebagai
ahlinya. Keahliannya terbuka kepada penduduk di sesuatu kawasan sahaja. Tidak
ada satupun parti politik yang melangkaui kawasan negara, walaupun ada cawangan
atau kelab di luar negara.
Semua parti politik terikat kepada
perlembagaan yang dibuat oleh manusia. Tetapi, Islam sepenuhnya diturunkan
Allah SWT kepada manusia. Manusia tidak terlibat dalam merangka atau menentukan
peraturan berkaitan agama.
Sesungguhnya, tidak akan terjadi apa
yang dibuat oleh manusia akan menyamai apa diturunkan Allah SWT. Sebab itu,
setiap parti politik mempunyai banyak kelemahan sesuai dengan kekurangan
manusia yang menubuhkan parti politik.
Apa yang jelas, perjuangan politik
berdasarkan kepada kepentingan parti mengikut matlamat yang ditetapkan. Setiap
parti politik mempunyai perlembagaan yang berbeza. Mereka bebas mengubah
perlembagaan parti jika mendapat persetujuan majoriti ahli.
Malah, dengan persetujuan ahli,
parti politik boleh bergabung dengan parti lain atau mungkin juga dibubar. Perkara
ini jauh berbeza dengan Islam yang tidak pernah bergabung dengan mana-mana
ajaran atau agama lain.
Sesungguhnya, Islam memperjuangakan
kepentingan sejagat. Islam tidak memperjuangan kepentingan kelompok. Islam adalah
universal dan hukum yang ditetapkan dalam Islam tidak sekali-kali dapat diubah
atau ditukar-tukar mengikut selera kelompok tertentu sahaja. Seluruh umat Islam
menggunakan sumber hukum yang sama iaitu dari al-Quran, hadis dan keputusan
bersama para ulama.
Perpaduan Islam menyeru kepada
kesatuan dan tidak boleh memulau mana-mana individu Islam. Tetapi amalan parti
membolehkan seseorang disekat menjadi ahli atau dibuang menjadi ahli jika tidak
mematuhi peraturan parti.
Peraturan itu samalah seperti
melarang individu atau kumpulan lain daripada bersama-sama berjuang menegakkan
agama Islam (berdasarkan apa yang didakwa). Sesiapa melarang orang berjuang di
jalan Allah SWT, bermakna menentang Allah SWT.
Jika keislaman ditentukan dengan
parti politik, bagaimana nasib orang yang ditolak dan dibuang daripada parti
politik Islam? Apakah keislaman ditentukan oleh pemimpin politik? Apakah orang
yang tidak menyertai parti Islam bermakna dia tidak Islam?
Islam ditentukan melalui akidah
mempercayai kekuasaan Allah dan mengakui mengakui bahawa Nabi Muhammad itu
Rasulullah. Manakala kesempurnaan keislaman apabila melakukan apa yang disuruh
dan menjauhkan apa yang ditegah.
Jadi, keislaman tidak ditentukan
melalui parti politik atau menyertai mana-mana pertubuhan. Islam itu sendiri
telah disediakan sebagai wadah kepada umat Islam untuk melakukan apa sahaja
yang dikaitkan dengan Islam.
Jika keislaman ditentukan dengan
parti politik, bagaimana nasib orang yang ditolak dan dibuang daripada parti
politik Islam? Apakah keislaman ditentukan oleh pemimpin politik? Apakah orang
yang tidak menyertai parti Islam bermakna dia tidak Islam?
Sesungguhnya, Islam memperjuangakan
kepentingan sejagat. Islam tidak memperjuangan kepentingan kelompok. Islam
adalah universal dan hukum yang ditetapkan dalam Islam tidak sekali-kali dapat
diubah atau ditukar-tukar mengikut selera kelompok tertentu sahaja. Seluruh
umat Islam menggunakan sumber hukum yang sama iaitu dari al-Quran, hadis dan
keputusan bersama para ulama.
Apa yang ditekankan oleh Rasulullah SAW
ialah pemerintahan dalam masyarakat dan negara. Banyak hal kenegaraan
dijelaskan untuk membentuk keamanan, kemajuan dan keadilan dalam
pemerintahan.
Sesiapa yang mengikuti kaedah
pemerintahan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sudah layak dipanggil
pemerintah Islam biarpun parti atau negara yang dipimpin itu tidak menggunakan
nama 'Islam'.
Tugas pemerintah lebih penting ialah
mewujudkan persekitaran yang selamat, aman, kesejahteraan, harmoni, adil,
peluang pekerjaan, kemudahan awan dan pendidikan. Pemerintah boleh melaksanakan
dasar-dasar Islam tanpa pengiystiharan negara Islam. Sempurnanya Islam bukan atas
gelaran atau nama, tetapi berdasarkan apa yang dilakukan dengan niat mematuhi
perintah agama dengan melakukan apa yang disuruh dan menjauhkan apa yang
ditegah.
Gelaran dan kuasa pemerintah tidak
hanya apabila memerintah negara. Kumpulan atau individu memerintah negeri,
daerah maupun kampung adalah pemerintah. Mereka mempunyai kuasa dan
tanggungjawab berdasarkan kepada bidang tugas masing-masing. Sebab itu, laksanakan tugas mengikut kuasa dan
tanggungjawab tersebut.
Sesiapa meminta ingin melakukan
tugas lebih banyak, sedangkan apa yang diamanahkan belum lagi diselesaikan,
samalah dia seperti diceritakan dalam Israk Mikraj yang mengutip lebih banyak
kayu untuk dibawa, sedangkan kayu yang ada padanya sudah tidak mampu lagi
ditanggung.
Untuk melakukan kebaikan tidak hanya
apabila dikaitkan dengan parti politik Islam. Nama bukan penentu
segala-galanya. Bahkan jika kita menggunakan perkataan Islam atas tujuan
memperdayakan orang ramai, perbuatan itu amat ditegah. Perbuatan itu disamakan
seperti menjual atau melacurkan agama.
Rasulullah SAW tidak menyebut
mengenai penubuhan parti politik Islam. Perkara ini tidak pernah terjadi pada
zaman Rasulullah SAW. Justeru, Rasulullah SAW bukanlah pemimpin parti politik
Islam. Baginda
pemimpin bagi seluruh umat Islam sepanjang zaman.
No comments:
Post a Comment