Umum
mengetahui kekuatan PAS terletak kepada penyokong yang taasub. Golongan ini percaya bahawa PAS itu Islam dan
Islam itu adalah PAS. Sebab itu, apa
yang diucapkan oleh pemimpin mereka dianggap fatwa yang mesti dipercayai dan
dipatuhi.
Dari
segi bahasa, fatwa adalah keputusan tentang sesuatu hukum agama (yang belum
pernah diputuskan lagi) berdasarkan nas al-Quran, hadis, dan sumber hukum lain,
termasuk ijtihad oleh mufti (atau mereka yang berwenang tentang keputusan hukum
syarak).
Mari
kita menyorot kembali beberapa fatwa yang dikeluarkan pemimpin PAS yang
dipegang kuat oleh penyokong taksub PAS.
-
Haji Omar Daud dari Pasir Mas, Kelantan mengeluarkan fatwa mengkafirkan UMNO
pada tahun 1959 atas alasan assabiyah, sekular dan mengadakan kerjasama dengan
bukan Islam. Beliau adalah ahli Jawatankuasa Ulama Pas dan wakil rakyat kawasan
Dewan Undangan Negeri Bandar Pasir Mas.
-
Pada Ogos 1963, Dewan Ulama PAS Kelantan mengeluarkan fatwa bahawa:
“Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah
negara menjadi kafir atau haram.”
-
Pada tahun 1979, Haji Mustafa Abu Bakar, guru Pondok Pasir tumbuh, Kelantan
dibicarakan di mahkamah atas tuduhan berikut: “Orang-orang UMNO dalam Barisan
Nasional hukumnya murtad. Orang-orang
UMNO dalam Barisan Nasional tidak sah dijadikan iman sembahyang. Sembelihan orang UMNO Barisan Nasional tidak
boleh dimakan. Tidak sah akad nikah
sekiranya jurunikah itu orang Barisan Nasional. Sekiranya tidak bersefahaman antara suami isteri jika salah seorang PAS
yang satu Barisan Nasional, nescaya hukumnya tertalaklah antara suami isteri
dan jika bersetubuh juga hukumnya zina, kalau dapat anak hukumnya anak zina.”
-
Pada tahun 1981 Pak Chu Hassan dari Pasir Mas, Kelantan mengeluarkan fatwa
menghukum penyokong Barisan Nasional sebagai kafir.
-
Pada tahun 1981 juga, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkafirkan UMNO ketika
berceramah di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu.
-
Pada tahun 1994, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan
bahawa menentang PAS adalah haram mengikut al-Quran.
No comments:
Post a Comment