Perbuatan mengumpat
adalah membuka aib orang lain. Islam amat menegah perbuatan mengumpat diamalkan tidak kira perkara itu besar atau kecil. Ini termasuklah perbuatan bertujuan bergurau, jenaka atau menghiburkan.
Imam Ghazali berkata: "Had perbuatan mengumpat ialah anda menyebutkan mengenai seorang manusia perkara yang tidak disukainya apabila sampai kepada pengetahuannya, sama ada menyebut tentang kekurangan tubuh badannya atau nasab keturunannya atau akhlaknya atau perbuatannya atau kata-katanya atau agamanya atau dunianya sehinggalah tentang pakaiannya, rumahnya dan binatangnya.”
Sesungguhnya
kita hidup dalam masyarakat yang tidak terkecuali daripada sebarang kekurangan
pada diri sendiri. Maka, apabila kita mula menyebutkan aib orang lain, maka
orang lain pula akan terdorong untuk menyebutkan aib kita.
Sebenarnya, orang
yang mencari-cari aib orang lain untuk disingkap dan dijadikan bahan mengumpat,
pada hakikatnya sedang membuka aibnya sendiri untuk disingkap oleh orang lain
pula. Justeru, jika kita ingin aib kita tertutup rapi, tutuplah aib orang lain
dahulu.
Hasan Al-Basri
berkata: "Aku pernah menemui seseorang yang tidak memiliki cacat. Setelah
ia mencela orang lain, maka orang lain mula menemukan cacatnya. Aku pernah
berjumpa dengan seseorang yang memiliki banyak kecacatan. Namun kerana dia diam
daripada cacat orang lain, orang lain tidak pernah membicarakan cacatnya."
Jelas di sini,
perbuatan mengumpat yang dilakukan akan mendedahkan diri kita menjadi bahan
umpatan kepada pihak lain. Jika pebuatan itu merebak menjadi satu budaya, ia
akan merosakkan nilai-nilai murni lain yang diamalkan dalam masyarakat.
Langkah terbaik untuk mengekang budaya mengumpat ialah setiap orang menjaga dirinya daripada mengumpat individu atau pihak lain.
Langkah terbaik untuk mengekang budaya mengumpat ialah setiap orang menjaga dirinya daripada mengumpat individu atau pihak lain.
Masyarakat yang diwarnai dengan budaya mengumpat akan hancur kerana tidak dapat
dipastikan pihak mana yang betul. Sikap berprasangka buruk menjadi berleluasa. Percakapan
lebih banyak membincangkan mengenai sikap buruk orang lain, berbanding menilai
diri sendiri.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Jauhilah oleh kamu prasangka yang
tidak baik, kerana sesungguhnya prasangka tidak baik itu seburuk-buruk
percakapan." (Hadis
riwayat Muslim)
Individu Islam perlu berusaha memberi kebaikan kepada orang lain dan
bukannya mendatangkan kesusahan atau perkara tidak disukai. Tidak ada untungnya mengumpat orang lain. Apatah lagi jika kita sendiri
tidak ada kaitan dengan orang itu yang boleh memberi kesan kebaikan atau
keburukan kepada kita yang berkaitan dengan cerita itu.
Semoga Allah SWT
memberikan kita kebijaksanaan sehingga dapat menjaga aib kita daripada
lidah-lidah jahat manusia. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Daripada
kebaikan iman seseorang ialah meninggalkan apa yang tidak bermakna
baginya." (Hadis riwayat Tirmizi).
Islam melarang keras umatnya mengumpat kerana melemahkan perpaduan sesama
sendiri. Perasaan curiga dan berdendam mudah merebak dalam masyarakat yang
banyak mengumpat.
Larangan mengumpat bukan saja jika mengumpat kepada sesama Islam. Kita juga
ditegah memperkatakan keburukan individu bukan beragama Islam, lebih-lebih lagi
mencela mengenai amalan atau kepercayaan agama mereka. Islam turut
mementingkan hubungan baik dengan penganut agama lain.
Firman Allah SWT
bermaksud: "Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah
selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batasan
tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik
pekerjaan mereka." (Surah al-Anam, ayat 108)
Allah SWT memberi amaran keras agar dijauhkan perbuatan mengumpat dengan
menyamakan perbuatan itu seperti memakan daging saudara seagama. Manusia yang
waras tentu tidak sanggup makan daging manusia, inikan pula daging saudara
sendiri.
Firman Allah SWT bermaksud: “Dan janganlah sesetengah-setengah kamu
mengumpat setengah daripada kamu. Adakah seseorang daripada kamu suka makan
daging bangkai saudaranya, tentunya kamu benci memakannya.” (Surah al-Hujurat,
ayat 12)
Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
ReplyDelete..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.
Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring