Kasut dan songkok memang berbeza. Namanya pun
sudah berbeza. Biarpun kedua-duanya dibeli dan dipakai, namun nasib dan
kedudukannya tetap berbeza.
Kasut dipakai di kaki ketika berjalan.
Kedudukan kasut paling bawah. Bersedia menerima apa bebanan berat pemakainya
dan terpaksa menjadi pemisah antara tapak kaki dangan apa sahaja yang dipihak.
Kaki tidak terasa panas tar yang dipijak. Kaki tidak kena tajam duri. Kaki
tidak sedar kasut terpijak najis.
Jadi, kasut tidak boleh bermegah biarpun
harganya mahal. Apapun jenama dan asal kasut diperbuat dari bahan bernilai,
termasuk kulit haiwan berkualiti tinggi, kedudukan kasut tetap di tempat paling
rendah.
Kedudukan kasut berjenama hanya nampak hebat
ketika berada di kedai kasut. Diletakkan di rak kaca yang mahal dan ada cahaya
lampu bergemerlapan. Namun, belumpun dibeli oleh orang yang berminat
terhadapnya, kasut yang dicuba sudah diletakkan di lantai.
Nasib kasut berjenama malah akan kembali
apabila tidak jadi dibeli. Ia akan kembali diletakkan di tempat tinggi. Jadi,
jika kasut tidak mahu kedudukannya jatuh pada kedudukan paling rendah,
'berdoalah' agar tiada siapa membelinya. Dan, jika begitu apa hebatnya menjadi
kasut yang tidak digunakan?
Songkok pula dipakai di kepala. Songkok paling tinggi kedudukannya. Songkok dipakai ketika majlis rasmi dan kebesaran. Songkok dipakai ketika menunaikan sembahayang, mengadap Yang Maha Berkuasa.
Songkok pula dipakai di kepala. Songkok paling tinggi kedudukannya. Songkok dipakai ketika majlis rasmi dan kebesaran. Songkok dipakai ketika menunaikan sembahayang, mengadap Yang Maha Berkuasa.
Orang sanggup menanggalkan songkok jika hari
hujan. Biar kepala basah, asal songkok tidak basah. Biarpun songkok
ditanggalkan seketika, ia akan diletakkan kembali agar kedudukan lebih betul
dan kelihatan segak. Jadi, hebatnya songkok biarpun harganya murah.
Kasut yang mahal dan songkok yang murah
dipakai bersama menuju ke masjid. Kasut akan ditanggalkan dan ditinggalkan di
tangga. Sedangkan songkok yang murah akan terus dipakai di dalam masjid.
Dalam majlis perkahwinan semasa akad nikah,
pengantin lelaki ‘mesti’ pakai songkok. Namun songkok tidak pula dijadikan
sebahagian barang hantaran wanita kepada lelaki. Sebaliknya yang biasa
dijadikan hantaran ialah kasut.
Jadi, jangan bermegah dengan kekayaan dan kedudukan. Maka,
jangan pula berasa hina disebabkan miskin. Miskin dan kaya lumrah kehidupan
saling melengkapkan. Apa yang penting kita faham peranan dan tugas
masing-masing. Hidup ini tidak membawa apa-apa erti tanpa melaksankan tugas
yang diamanahkan.
No comments:
Post a Comment