Di bandar Kota Bharu terdapat banyak pasar
menjadi lokasi peniaga menjual pelbagai keperluan harian. Antara pasar menjadi tumpuan ialah Pasar Siti Khadijah, Pasar Pohon Pinang,
Bazar Tok Guru, Bazar Tengku Anis, Bazar Tuan Padang dan Bazar Buluh Kubu.
Sebelum ini (dalam lipatan sejarah)
terdapat beberapa buah pasar beroperasi di Kota Bharu. Pasar basah Pohon
Pinang juga dikenali Pasar Sselok. Pasar
itu terletak behadapan dengan bangunan pejabat Badan Perhubungan Pas Kelantan sekarang,
yakni bermula dari stesen kereta sewa sehingga ke depan Hotel Ansar.
Pasar ini beroperasi
pada tahun 50-an hingga 60-an sehinggalah Pasar Besar Kota Bharu (sekarang telah
dirobohkan) siap dibina pada pertengahan 60-an.
Pasar ini dinamakan dengan Pasar
Sselok kerana orang perempuan sama ada peniaga atau pembeli terpaksa
menyelok kain sebab kawasan pasar yang sentiasa digenangi air, terutama
apabila hujan.
Pasar itu ditutup apabila peniaga
berpindah ke pasar baru. Namun, atas permintaan peniaga ia beroperasi semula di
celah-celah bangunan sehingga sekarang.
Penduduk di kepulauan delta termasuk
Kedai Buloh akan membawa hasil laut untuk didagangkan menggunakan perahu layar.
Penduduk di tempat-tempat lain juga membawa hasil tempatan untuk didagangkan di
sini menggunakan pengangkutan sungai.
Selepas bangunan pasar baru dibina,
Pasar Pengkalan Lido terus beroperasi untuk beberapa waktu. Pasar Pengkalan
Lido mendapat nama dari nama pawagam Lido yang terdapat di situ.
Pasar Baru menjadi mercu tanda Kota
Bharu dan pusat melahirkan ramai usahawan wanita mula beroperasi pada pertengahan
60an.
Bangunan dua tingkat itu menempatkan peniaga basah dan keperluan harian penduduk. Ia menjadi tempat tumpuan kerana mudah dikunjungi disebabkan dekat dengan stesen teksi dan bas. Selain itu kedudukannya di tengah-tengah pusat bandar.

Tidak diketahui nama asal pasar
ini, tetapi pada awal 80-an ia dikenali Pasar Lama MPKB apabila Pasar Buluh Kubu
(Pasar Siti Khadijah) beroperasi.
Apabila Pasar Siti Khadijah
beroperasi, semua perniagaan basah dan makanan dipindah ke situ. Manakala
Pasar Lama MPKB pula dijadikan bazar menjual pakaian, peralatan rumah dan
lain-lain yang dikategorikan 'kering'.
Pasar Lama MPKB menempatkan peniaga
yang dipindahkan dari Pasar Lambak Kota Bharu yang terletak di Jalan Sultanah
Zainab atau kini dikenali Dataran Medan Hijau.
Kini Pasar Lama MPKB telah diruntuhkan digantikan dengan pusat perniagaan lebih moden.
Kini Pasar Lama MPKB telah diruntuhkan digantikan dengan pusat perniagaan lebih moden.
Manakala
sejarah Pasar Lambak Kota Bharu bermula sejak 1976, sewaktu Kerajaan Campuran
PAS BN. Ia bertujuan menempatkan peniaga kecil yang berselerak di Kota
Bharu secara bersepadu. MPKB telah menyediakan pelan tapak memuatkan 124 gerai
bersaiz 8 X 10 dengan sewa permulaan RM15 sebulan.
Selepas hampir 5 bulan berniaga, Persatuan Penjual Pasar Lambak bermesyuarat dan bersetuju untuk membina sendiri gerai-gerai di atas lot tapak yang disediakan. Peniaga mengambil inisiatif sendiri membina dinding plywood dan bumbung zink yang menelan belanja hampir RM150 setiap lot.
Hasrat membina generasi usahawan melalui penempatan ini berjaya. Di sini munculnya usahawan seperti Ibrahim Mat Min, Talib (seluar jeans), Mohd Nor, Tok Penghulu Hussin, Mat Kain Ela, Yusoff Selipar dan banyak lagi.
Melihat kejayaan peniaga Pasar Lambak berniaga dan mendapat sambutan, maka MPKB telah menaikkan sewa RM50 sebulan dengan alasan MPKB menyediakan kemudahan elektrik secara percuma.

Persatuan menerima kenaikan sewa dan harga tersebut kekal hingga ia dirobohkan tahun 1987.
Satu lagi pasar yang cukup terkenal di Kota Bharu ialah Pasar
Arked UDA. Ia dibuka bagi menempatkan sebahagian peniaga Pasar Lambak yang
tidak mendapat tempat di Pasar Lama MPKB. Pasar Arked UDA juga kini telah
dirobohkan untuk memberi ruang membina bangunan baru.
No comments:
Post a Comment