Aksi
seorang remaja, Syukor Khamis, 14, dari Terengganu yang gambarnya tular
'bermesra' dengan kerbau, kambing dan lembu terlah dijadikan parodi oleh
seorang remaja bermotosikal.
Gambar
Syukor tular apabila gambar yang dirakamkan oleh jurugambar Nazri Sulaiman telah dipilih sebagai penerima
‘Street/People Photographer of The Year 2018’ oleh Asian Geographic -Image of
Asia… dan
menjadi antara gambar terbaik peringkat dunia.
Gambar
yang dirakam di Kampung Bujuk, Kuala Terengganu itu menjadi cerita tentang
arkabnya hubungan manusia dengan haiwan. Haiwan juga mempunyai naluri ingin
dibelai dan dimanja.
Hubungan
manusia dengan binatang adalah dalam bentuk dua hala. Sedangkan hubungan
manusia dengan motosikal sekadar manusia yang menyimpan perasaan sayang terhadap
motosikalnya, tetapi pasti motosikal yang tidak mempunyai naluri sekadar
'membisu' dan 'buat bodoh' sahaja.
Definisi
parodi: karya sastera, seni, dsb yg meniru gaya pengarang atau pencipta
lain dgn cara yg melucukan atau menyindir; memparodikan menghasilkan
parodi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
No comments:
Post a Comment