Kebiasaan kes mualaf jarang ada waris
yang prihatin untuk ambil tahu akan pengurusan jenazah bagi kerabatnya yang
mati dalam keadaan sudah memeluk Islam.
Bila aku tanya kepada beberapa waris
ini, rupanya mereka adalah anak-anak si mati. Okay dalam fikiran aku waktu itu,
inilah masanya aku hendak sebarkan dakwah kepada non muslim melalui fardu
kifayah dengan cara kita mempamerkan kaedah, tatatertib dalam menguruskan
jenazah secara Islam.
Selepas bersembang bersama waris
arwah, aku dengan sahabat aku yang bernama Seman Qadri Al Burtuqoli terus
mengajak untuk membuat pengecaman mayat ayahnya.
Apabila sudah dibuka helaian kain di
muka arwah, aku pun apa lagi terus mengajak boleh la u all stanby ambil glove
kita mandikan sama-sama arwah ayah ya.. semua anak-anak angkat tangan tanda
menolak disebabkan perasaan mereka terlalu kuat dan sebak atas pemergian
arwah...so aku sebenarnya bab urus mayat ini bila ramai-ramai mudah sikit jika
nak membolak balikkan body mayat.
Jadi kami berdua pun mandikan la si
arwah macam biasa..kami masih tak mampu lawan sifu kami Ustaz Muhammad
Rafieudin Zainal Rasidyang jenis bermain dengan mayat sorang-sorang je.. bagi
la mayat jenis apa pun beliau boleh main bersama dengan mayat itu macam kawan
dia sendiri.
Selepas siap dimandikan dan
dikafankan, aku pun panggil waris mualaf ini. Sebelum kami menutup si arwah,
aku suruh lah si waris kucup si arwah tetapi mereka menolak .
Tapi aku cakap la kat dorang,
"bapak you ni sangat mudah kami uruskan, manyak ringgan, manyak mudah ma.
you taw ka saya sudah pakaikan baju terakhir dan wangian yang harum untuk bapak
you sehabis baik" ini masa you boleh cium bapak you boss. selepas dorang
kata takpa dengan tanda menolak aku pun mula la menutup kafan secara
keseluruhannya.
selepas solat jenazah, aku bawa
jenazah ke Tanah Perkuburan Islam USJ. Antara waris nya yang follow naik van
mayat ini adalah anak sulong lelaki arwah. Ketika dalam perjalanan yang memakan
masa hampir 30 minit lebih, aku macam biasa akan pasang ayat suci al quran. Dan
ketika dalam perjalanan tersebut bermulalah episod soal jawab yang mungkin agak
menarik sehinggakan aku berasa bangga dengan keindahan Islam.
Dalam perbualan dengan waris arwah
ini, aku perhatikan cara dia duduk dalam van jenazah agak sopan al maklumlah
sebelahnya keranda dan dalam suasana ayat al quran yang aku pasang di radio.
Dia mula bercerita, abang tahu tak,
saya dan beberapa orang adik beradik lain tidak tahu yang ayah saya sudah
memeluk Islam. Dan saya tak sangka sangat mudah cara pengurusan mayat bagi
orang Islam. Aku bagitahu la inilah keindahan umat Islam. Kami akan memudahkan
segalanya bagi meneruskan proses kehidupan di alam akhirat nya nanti.
Waris arwah juga membuka cerita
berkaitan kos pengurusan mayat bagi bangsa Cina. Antara intipati yang aku boleh
kongsikan ialah kos untuk tanah pengebumian sahaja hampir 100 ribu. Itu tidak
termasuk kenduri yang melibatkan kos untuk menyediakan makanan, kos orang
sembahyang, kos hendak membuat replika rumah, duit, kos keranda, kos pakaian si
mati. Memang beribu-ribu.
Aku bertanya bagaimana kalau yang
tidak berkemampuan, dia menjawab kebiasaan kami akan buat proses pembakaran
mayat dan abunya kami simpan dalam bekas seperti tin milo dan kami akan buang
di laut.
Kalau abunya kami hendak simpan di
kawasan perkuburan, memang mahal kosnya sebabnya kami perlu bayar kos lot yang
berharga Rm30k. Bahkan setiap bulan kami perlu membayar kos utiliti seperti kos
pencucian kawasan simpanan abu.
Aku tanya lagi adakah kaum Cina ada
menyediakan satu dana khas bagi menampung kos pengurusan mayat seumpama khairat
kematian, dan mereka menjawab "tiada". Semua kena tanggung sendiri.
Ayat last yang aku dengar jawapan
brother ini, you tahu kan kami orang yang berniaga sampaikan bab mayat kami
terpaksa akur disebabkan kaum dorang ambil untung besar dan niagakan dalam hal
ehwal kematian.
Aku tanyalah juga berkaitan kenapa
kalau ada kematian di pagi raya Cina, kebanyakan mereka tidak membuat tuntutan
mayat di hospital ya walaupun yang mati itu adalah mak ayahnya.
Jawapannya mudah sahaja, sebab mana
ada orang mahu uruskan, walapun dibayar dengan harga yang tinggi, pihak
pngurusan mayat non muslim tidak akan ambil sebab susah hendak cari pihak yang
sudi hadir seperti untuk upacara yang pelbagai. So dorang akan tuntut mayat
tersebut selepas 2 atau 3 hari kemudian bahkan lebih lagi.
Setibanya kami sampai di tanah
perkuburan Islam, aku perhatikan gelagat waris ini seumpama teruja dengan
keindahan Tanah Perkuburan Islam USJ. Dia orang menyebutkan seumpama macam
dalam taman dengan dekorasi yang sistematik dan juga kecantikan rumput karpet
menghijau di setiap tanah pusara.
Ketika mana jenazah sudah di atas
tebing liang lahad, kami meminta wakil dari waris untuk masuk ke liang lahad
bagi menyambut jenazah ayahnya. Kami ajarkan seperti biasa seperti kaedah
memegang jasad ayahnya. Dan paling aku agak terharu di saat tangan anaknya yang
non muslim itu membuka setiap ikatan tali kafan.
Kami memberikan bimbingan
untuk membuka helaian kain di bahagian wajah arwah dan si anak menurut setiap
arahan kami dan terakhir dia mengambil tanah yang ada dan di letakkan di
bahagian wajah arwah ayahnya. Lalu kami timbuskan liang lahad seperti biasa.
Trdapat beberapa soalan yang dia tanya
kenapa wajah mesti dibuka, adakah si mati hendak bernafas. Dan mengapa perlu
diletakkan tanah pada wajahnya? Kami jawablah sehabis baik untuk memberikan
kefahaman kepada mereka betapa indahnya agama Islam ini.
Mereka juga ada bertanya boleh ke dia orang
ingin meletakkan makanan di kubur ayahnya seperti upacara yang agama mereka
biasa lalukan. Kami pun menjawap, kami mudah sahaja, kami takut makanan hilang
sebab mungkin kami yang makan ..hehe
Skuad Pengurusan Jenazah - SPJ
Malaysia.
No comments:
Post a Comment