Monday 14 January 2019

Khasiat bunga kunyit

Kegunaan dan khasiat kunyit memang telah diketahui ramai. Namun, ramai masih tidak mengetahui mengenai bunga kunyit. Bunga kunyit pula berwarna putih atau kuning. Ia tumbuh majmuk seperti bersisik di sekeliling dalam satu induk.

Bunganya tumbuh di tengah-tengah daun. Bunga kunyit enak dijadikan ulam yang dimakan mentah dicicah dengan sambal, budu dan sebagainya. Sesuai juga dibuat kerabu.

Bunga kunyit dikatakan mempunyai khasiat yang tinggi terutama bagi ibu-ibu dalam pantang (selepas bersalin) untuk penyembuhan luka dalaman dan mengembalikan bentuk tubuh kepada sebelum mengandung.

Bunga kunyit juga sesuai diamalkan untuk awet muda serta kecantikan semulajadi luar dan dalam.  

No comments:

Post a Comment