Biasanya kalau kita ditanya atau ingin memberi tahu orang lain yang kita dalam perjalanan, perkataan yang disebut atau ditaipkan ialah OTW (On The Way). Pun begitu, OTW juga digunakan oleh orang tertentu untuk 'menipu' apabila lambat sampai di sesuatu tempat atau ingin memberitahu bahawa dia telah 'melakukan' sesuatu.
Islam sebenarnya telah mengajar kita sesuatu yang lebih baik. Sebagai seorang muslim yang sedang
dalam perjalanan, ganti singkatan OTW dengan BMW (Bismillaahi Majreeha
Wamursaaha)" yang bermaksud: “Dengan nama Allah, yang menjalankan kenderaan
ini berlayar dan berlabuh".
Ungkapan itu adalah doa dan semoga perjalanan kita berjalan lancar dan selamat sampai. Pada masa sama tentu kita tidak akan menggunakan perkataan itu untuk menipu atau memberi alasan.
Sama-sama kita sebarkan ilmu. Semoga beroleh
manfaat. Amin.
No comments:
Post a Comment