Antara punca umat Islam lemah adalah
kerana tidak menguasai ekonomi. Jadi, bagaimana ingin mengukuhkan ekonomi umat
Islam? Satu cara ialah dengan membantu sesama Islam. Utamakan produk muslim dan
peniaga Islam.
Banyak produk keluaran muslim tidak
berkembang kerana tidak mendapat sokongan orang Islam sendiri. Kononnya kurang
berkualiti dan harga mahal. Mungkin dakwaan itu betul. Tetapi mengapa perkara
itu terjadi?
Barang yang baru di pasaran memang itu
yang kerap berlaku. Namun, jika dibantu dan disokong oleh orang Islam sendiri,
pastinya akan berlaku perubahan dan penambaikkan.
Selaku pembeli, kita anggaplah sebagai
satu jihad membantu ekonomi umat Islam. Dengan setiap umat Islam menyumbang
sedikit keuntungan kepada peniaga Islam akan dapat membantu mereka untuk
berkembang.
Apabila kita menyeru untuk bangkit
berjihad membantu ekonomi umat Islam dengan berbelanja di kedai dan membeli
produk Muslim, ini bukan rasis. Ia satu fardu kifayah untuk membantu sesama
muslim.
Siapa lagi hendak diharap membantu
para peniaga Muslim kalau bukan umat Islam itu sendiri.
Wujudkan jaringan perniagaan muslim di
kawasan majoriti umat Islam. Pecahkan monopoli dan dominasi peniaga bukan
Islam. Apabila perniagaan telah berkembang, pasaran boleh diperluaskan di
kawasan majoriti bukan Islam.
Usah berkira dengan peniaga Muslim,
terlebih harga sedikit anggap sahaja sedekah. Membeli sambil bersedekah atau
atas niat membantu sesama Islam.
No comments:
Post a Comment