Pihak
yang tidak menyenangi kebenaran ditegakkan akan berusaha memberi tekanan dan
keadaan yang sukar kepada pihak yang berusaha melakukan kebaikan. Mereka akan menggunakan
kekuasaan politik, ekonomi, kedudukan dan apa sahaja yang boleh digunakan untuk
menggagalkan usaha baik.
Sebab
itu, ada pihak yang ingin melakukan perkara baik apabila dikenakan tekanan akan
terus menyerah kalah. Mereka tidak lagi meneruskan apa yang ingin dilakukan
itu. Bahkan, dalam keadaan tertentu mereka akan melakukan perkara sebaliknya
mengikut telunjuk pihak yang lebih kuasa. Mereka buat pusingan U.
Jadilah
orang yang berprinsip. Jangan mudah mengaku kalah dan mengikut telunjuk orang
lain. Teruskan berjuang biarpun berdepan rintangan dan halangan. Jihad bukan
perkara mudah. Sebaliknya memerlukan pengorbanan dan berdepan keadaan sukar.
No comments:
Post a Comment