Saya seorang penjual online. Biasalah
pembeli akan terlebih dahulu bertanya mengenai produk. Jadi, kenalah kita jawab
itu dan ini mengenai produk itu. Kadang-kadang kena jawab pada waktu lewat
malam.
Bukan apa, ramai pembeli sebenarnya nak cepat tahu mengenai sesuai produk yang ingin dibeli. Kalau kita tidak jawab, mereka akan bertanya pula dengan penjual online lain. Kira siapa cepat dia dapat.
Bukan apa, ramai pembeli sebenarnya nak cepat tahu mengenai sesuai produk yang ingin dibeli. Kalau kita tidak jawab, mereka akan bertanya pula dengan penjual online lain. Kira siapa cepat dia dapat.
Namun, kadang-kadang ada bakal pembeli
yang bertanya itu dan ini, bila sudah diberi penjelasan atau dijawab, terus
senyap. Kadang-kadang kita tahu dia membeli dengan penjual lain pula.
Pada saya, itu bukan rezeki saya.
Tidak perlu marah kepada pembeli itu. Anggap lah penjelasan kita itu sebagai
sedekah ilmu atau malumat. Mungkin dia tidak membeli pada masa itu, tetapi akan
membeli pada masa lain. Atau, mungkin Allah akan hantar orang lain membeli
produk itu.
Jadi, jangan marah dan naik angin. Mungkin
juga pembeli itu sebenarnya baru mencari maklumat mengenai produk, terutama
mengenai harga. Ini bagi memudahkan dia membuat pilihan dan mungkin juga untuk
membuat bajet ingin membelinya pada masa akan datang. Dan insya-Allah dia akan
datang membuat tempahan dengan kita.
Selain itu, diingatkan kepada penjual
online jangan mudah kecewa dan jangan pula sombong dengan bakal pembeli. Ada
penjual online yang bukan sahaja marah-marah, tetapi juga blok pembeli
tertentu. Janganlah sombong sangat sehingga hendak blok pembeli. Itu samalah
dengan menolak rezeki.
Pembeli sebenarnya mempunyai banyak
pilihan untuk membeli secara atas talian. Mereka tidak perlu bergerak ke sana
ke sini, tetapi cukup sekadar memilih pautan atau platfom jualan atas talian
yang banyak terdapat sekarang.
Jom jadi peniaga atas talian mesra
pelanggan.
No comments:
Post a Comment