Limau jenis tumbuhan berbuah tidak bermusim, melainkan
yang ditanam di negara empat cuaca. Tentu sekali limau tidak berbuah ketika
musim sujuk yang dipenuhi salji. Sebelum itu berlaku musim luruh.
Sama juga dengan limau mandarin ada di pasaran sepanjang
tahun. Lebih-lebih lagi yang diimport dari pelbagai negara dari seluruh dunia
yang mempunyai cuaca yang berbeza di seluruh dunia.
Ketika ada negara mengalami
musim sujuk yang tidak pengeluaran limau mandarin ketika itu, di negara lain
pula adalah musim menuai limau mandarin di negara lain. Sebab itu, musim limau
mandarin di Malaysia tidak putus-putus sepanjang tahun.
Pada musim perayaan Tahun Baru Cina terdapat banyak limau
mandarin di pasaran bukan kerana pada masa itu musim limau mandarin. Sebaliknya
ia terdapat banyak kerana diimport dalam kuantiti yang banyak untuk memenuhi
permintaan kaum Cina menyambut Tahun Baru Cina.
Limau mandarin sinonim dengan sambutan Tahun Baru Cina. Ia
menjadi hidangan dan juga ampau kepada para tetamu. Boleh dianggap tidak 'sah'
sambutan Tahun Baru Cina tanpa limau mandarin.
Kaum lain, terutama orang Melayu pula mengambil peluang
membeli limau mandarin kerana menganggap itulah peluang membeli dengan harga
lebih murah.
Untuk menikmati limau mandarin lebih
berkualiti dan sedap, sepatutnya dibeli pada masa luar musim perayaan Tahun
Baru Cina. Ia lebih segar dan banyak pilihan dari pelbagai negara.
Tidak perlu berebut membeli dengan kaum
Cina yang memerlukan untuk tujuan perayaan. Kalau hendak makan limau mandarin
pada Tahun Baru Cina, tunggu sahaja yang diberikan oleh orang Cina. Kalau
hendak beli boleh tunggu pada masa lain.
No comments:
Post a Comment