Anak mempunyai dua pusar di kepala dikatakan
mempunyai sikap lasak dan degil. Kenyataan anak mempunyai dua pusat bersikap ekstrem
dan degil dikongsi turun temurun. Adakah ini mitos atau satu kebenaran?
Menurut National Human Genome Research
Institute yang banyak menjalankan kajian tentang genetik dan genomic manusia,
dekat dunia ni hanya 5% sahaja manusia yang ada dua pusar dekat kepala dan ini
berkaitan dengan gen manusia.
Namun, tiada pula statistik mengenai orang
yang bersikap keras kepala dan degil sama ada mempunyai dua pusar. Elok kajian ini
dibuat untuk membuktikan kenyataan orang tua-tua dahulu mengenai sikap anak mempunyai
dua pusar.
Namun, jika diperhatian secara umum, tiada
bukti nyata mengatakan anak dua pusar itu degil dan agrasif. Anak yang mempunyai
satu pusar juga degil dan tidak dengar kata.
Jadi, tidak adil kita 'menghukum' anak
yang mempunyai dua pusar sebagai degil. Orang yang pertama mengalami perasaan trauma
ialah tentu sekali. Bayangkan, ketika anak
masil kecil, pelbagai 'peringatan' diberikan oleh keluarga dan jiran agar lebih
memberi perhatian kepada anak yang mempunyai dua pusar.
Apa yang penting, berikan kasih sayang
dan didikan kepada anak tanpa memperdulikan sama ada anak itu mempunyai satu pusar
atau dua pusar. Kehidupan anak bergantung kepada bagaimana cara kita mendidik.
Kepercayaan tentang
anak dua pusar dengan sikap negatif bukan wujud dalam masayarakat Melayu
sahaja, malah ia turut dipegang oleh masyarakat Cina, Vietnam, Filipina,
Amerika, Portugis dan kelompok masyarakat lain.
No comments:
Post a Comment