Wednesday 6 February 2019

TUAN GURU NIK MAT RAJA BANJAR

Tuan Guru Haji Nik Mat Raja Banjar (1894-1977) merupakan generasi Raja Jembal yang mentadbir Negeri Kelantan pada kurun ke 16. Sewaktu usianya muda, beliau telah memasuki Pondok Haji Omar Mentuan dan seterusnya ke Pondok Tok Kenali. Sewaktu mengaji di pondok, beliau pernah membelah sebatang mancis menjadi dua bahagian untuk menjimatkan perbelanjaan.

Antara guru beliau ialah:
- Tok Kenali
- Tok Khurasan
- Haji Wan Musa 
- Syeikh Azhari (Ulamak Sudan)
- Tuan Guru Haji Abbas
- Maulana Abdullah

Terkenal dengan peribadi yang alim lagi warak dan disamping itu beliau juga amat lantang dalam membanteras amalan amalan khurafat.

Beliau sangat menjaga sunnah, tidak akan makan selagi lapar dan berhenti sebelum kenyang. Beliau juga sentiasa berpuasa Isnin Khamis, 13 - 15, Puasa 30 hari bulan Rejab, Puasa 30 hari bulan Syaaban, 1-10 Muharram & 1- 9 Zulhijjah.

Tahajjudnya tidak pernah luput bermula dari jam 2 ke 3 pagi dan dalam tahajjudnya itu beliau sentiasa menangis teresak esak.

Pukul 3 pagi beliau akan mengadakan kelas tafsir bersama anak anak. Pukul 4 ke 5 pagi pula diteruskan dengan pengajian al Quran. 

Kemudiannya beliau akan ke masjid bersama anak anak dan solat Subuh berjemaah dan seterusnya menyampaikan kuliah Subuh.

Tuan Guru Haji Nik Mat juga seorang yang menjaga masa dan apabila beliau berjalan, beliau akan membawa payung tujuannya untuk melindungi pandangannya dari melihat pekara yang haram.

No comments:

Post a Comment