Bagi individu yang berkemampuan, sempena Aidiladha disunatkan melakukan
ibadat korban.
Ibadat korban ialah menyembelih binatang ternakan pada Aidiladha
(selepas sembahyang sunat hari Aidiladha) atau pada hari Tasyrid (11, 12 dan 13
Zulhijjah - hingga tenggelam matahari 13 Zulhijjah) kerana ibadat kepada Allah.
Sesiapa melakukan korban tidak pada masa yang ditetapkan, maka tidak dianggap melakukan ibadat korban. Menyembelih binatang bukan pada masa ditetapkan, kemudian daging itu diagihkan kepada orang ramai, amalan itu dianggap sedekah dan hadiah.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Baragsiapa menyembelih korban sebelum sembahyang Hari Raya Haji, sesungguhnya dia menyembelih untuk dirinya. Barangsiapa menyembelih korban sesudah sembahyang Hari Raya Haji dan dua khutbahnya, sesungguhnya dia telah menyempurnakan ibadatnya, dan dia telah menjalankan aturan Islam.” (Hadis riwayat Muslim).
Pada hari Aidiladha dan Tasyrik adalah hari kesyukuran dan kegembiraan untuk umat Islam. Selain dianjurkan melakukan ibadat korban, pada hari-hari berkenaan digalakkan berzikir, bertakbir dan bertahmid.
Bagi memastikan kegembiraan dan semua orang dapat menikmati hidangan makanan yang disediakan, maka pada dua perayaan dan juga hari Tasyrik diharamkan berpuasa.

No comments:
Post a Comment