Setiap
tahun rakyat Mesir akan bercuti pada tarikh 6 Oktober sempena dengan
memperingati kemenangan Perang Yom Kippur. Perang ini juga dikenali Perang
Oktober atau Perang Arab-Israel 1973. Ia juga turut dikenali Perang Ramadan
(Perang Badar Moden) ,sebeb berlaku pada bulan Ramadan.
Perang
Yom Kippur bermula dari tarikh 6 Oktober hingga 22-24 Oktober 1973 di antara
Israel dan pakatan Mesir-Syria-Jordan dan Iraq.
Konflik
Arab-Israel berlaku sejak 1948 selepas negara haram Israel ditubuhkan. Pada jun
1967 berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan.
Negara Arab lain seperti Saudi, Sudan, Tunisia, Maghribi dan Algeria turut
memberi bantuan ketenteraan.
Dalam
Perang Enam Hari ini, Israel berjaya menduduki Bukit Golan Syria dan
Semenanjung Sinai di Mesir hingga ke Terusan Suez. Selepas itu Israel membina
barisan pertahanan di Sinai dan Bukit Golan. Mereka memperuntukkan tidak kurang
US500 juta untuk membina kubu yang diperbuat daripada pasir sepanjang 160km.
Kubu
ini dipanggil Garis Bar Lev turut disokong dengan dinding konkrit. Binaan
daripada pasir menyebabkan ia bertahan daripada serangan udara dan kereta kebal
Mesir. Ia disifatkan oleh Menteri Pertahanan Israel sebagai kubu anti kereta kebal terbaik di dunia.
Presiden
Mesir Anwar Sadat menggantikan Jamal Abdul Nasser pada 1970. Beliau bertekad
melawan Israel dan menawan kembali Sinai yang ditawan Israel pada 1967.
Pada
1972 Anwar Sadat mengumumkan Mesir sedia berperang dan menyediakan sejuta
tentera, jet-jet pejuang MiG-23, roket SAM6, RPG-7 dan peluru berpandu anti
kereta kebal Sagger.
Tentera
Mesir dan Syria menyerang Israel serentak pada hari perayaan Yahudi Yom Kippur.
Mesir menyerang kubu sekitar Terusan Suez dan Sinai sementara Syria menyerang
kubu di Bukit Golan dan Israel mengalami kerosakan teruk.
Walaubagaimanapun,
Mesir gagal menembusi kubu pasir Bar Lev walaupun menggunakan teknologi
ketenteraan yang mahal. Amerika Syarikat membekalkan senjata kepada Israel
selepas tiga minggu peperangan dan mereka berjaya mengundurkan tentera Arab dan
merampas kembali Sinai dan Bukit Golan.
Ulama
Mesir bernama Syaikh Hafiz Salamah yang juga Imam Masjid Bandar Suez bermimpi
kaedah merobohkan kubu Bar Lev. Dalam mimpinya, beliau ditunjukkan cara
meruntuhkan kubu itu ialah dengan menggunakan air.
Lagipun
kubu itu begitu hampir dengan Terusan Suez yang menjadi laluan kapal besar.
Ilham ini dipraktikkan apabila Mesir menggunakan meriam air yang biasa
digunakan dalam kerja-kerja perlombongan.
Seorang
waliyullah dari thoriqah alBadawiyah mengatakan kepada Presiden
Saadaat,"Pergilah,Allah bersama kamu".
Selain
itu, Mesir turut menggunakan pam gasolin yang lebih kecil dan ringan. Mereka
mendapatkan 300 pam buatan British dan 150 pam buatan Jerman. Akhirnya Mesir
berjaya meruntuhkan kubu pasir berkenaan dalam tempoh kurang dua jam. Israel
menerima tamparan hebat yang tidak
diduga oleh mereka.
Tentera
Mesir terus menyerbu masuk dan menembusi kubu ini disamping bantuan tentera
udara menggunakan 250 jet pejuang MiG-21, MiG-19 dan MiG-17.
Pasukan
jurutera Mesir juga berperanan membuka laluan kubu pasir Bar Lev. Serangan demi
serangan menyebabkan pertahanan Israel menjadi lumpuh.
Pada
22 Oktober 1974, perjanjian damai diisytiharkan. Rakyat Israel menyalahkan
pimpinan Israel dan menuntut Menteri Pertahanan mereka agar meletakkan jawatan.
Akhirnya pada akhir 1974, Menteri berkenaan menyerahkan surat perletakan
jawatan.
6
Oktober adalah satu tarikh penting sehingga Mesir dan Syria memilihnya sebagai
tarikh hari kebangsaan kedua-dua negara. 6 Oktober juga dipilih sebagai Hari
Angkatan Tentera Mesir.
Pada
6 Oktober 1981, dalam perbarisan tentera sempena ulang tahun Perang Oktober,
Presiden Mesir ketika itu Anwar Sadat mati ditembak kerana tindakannya yang
berdamai dengan Israel.
No comments:
Post a Comment