Wednesday, 22 March 2023

RUMAH KELUARGA ANGKATAN TENTERA

 
Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) merupakan salah satu kemudahan teras kebajikan yang disediakan khas kepada anggota yang berkeluarga dan sedang berkhidmat serta merupakan salah satu faktor kesiapsiagaan dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
 
Penyediaan kemudahan perumahan ini bagi memastikan kebajikan anggota ATM serta keluarga dijaga dan kerahan anggota (deployment) dapat dilaksanakan dengan mudah pada bila-bila masa sekiranya diperlukan.
 
Penugasan anggota tentera yang kerap berada di luar kawasan seperti operasi, latihan, kursus dan sebagainya memerlukan keterjaminan keadaan keluarga yang selamat dan terurus sepanjang penugasan. Anggota yang berada berjauhan dengan keluarga dapat menjalankan tugas dengan tenang dan yakin akan keterjaminan keselesaan dan keselamatan keluarga mereka.
 
Anggota ATM yang berkahwin, duda atau ibu tunggal yang mempunyai tanggungan layak untuk menduduki RKAT. Manakala bagi anggota bujang, kemudahan wisma atau berek disediakan dalam setiap kem.
 
Setiap perkhidmatan ATM yang terdiri daripada Markas Angkatan Tentera Malaysia (MATM), Markas Tentera Darat Malaysia (MK TD), Markas Tentera Laut (MTL) dan Markas Tentera Udara (MTU) melalui Pentadbir Perumahan masing-masing bertanggungjawab merancang kerja senggaraan yang perlu dilaksanakan.Perancangan senggaraan dibuat bagi memastikan bangunan RKAT berada dalam keadaan kondusif untuk diduduki, mengurangkan kerosakan, menjamin keselamatan penghuni, meningkatkan jangka hayat bangunan RKAT dan memelihara imej Kerajaan.
 
Senggaraan RKAT pula dilaksanakan oleh Agensi Pelaksana iaitu BahagianPerkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan (BPKP), MATM dan Unit Tentera, JabatanKerja Raya (JKR). Agensi Pelaksana bertanggungjawab menyelia kerja-kerjasenggaraan yang dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik bagi memastikan skopkerja yang dipersetujui dilaksanakan. Peranan dan tanggungjawab setiapperkhidmatan ATM dan Agensi Pelaksana mengikut Seksyen 8 Perintah AngkatanTentera Malaysia (PATM) Jilid III Bab 13.

Gambar - Rumah Keluarga Angkatan Tentera Kem Sungai Tumbi, Jeli.

No comments:

Post a Comment