Sunday 15 January 2017

Yakin hadapi halangan organisasi

Di dalam organisasi terdapat pelbagai halangan. Antara halangan yang dikenalpasti dalam organisasi ialah: 

Keyakinan Peribadi.  Tahap keyakinan peribadi yang rendah menjadi halangan utama. Perasaan rendah diri dan merasakan tidak mampu untuk melakukan sesuatu yang kreatif dalam perniagaan menyebabkan mereka takut untuk mencuba.  

Sikap tersebut secara langsung menyebabkan tersekat usaha pengembangan dan mencipta sesuatu yang boleh melonjokkan perniagaan dalam persaingan lebih baik.

Keadaan lebih ketara apabila melihat pengusaha lain yang lebih berpengalaman menghadapai pelbagai masalah untuk memajukan perniagaan masing-masing, maka sudah tentu dirinya yang baru menceburi bidang itu akan berdepan dengan cabaran lebih besar.

Takut kepada kritikan. Sikap takut pada kritikan adalah penyumbang utama kepada terhalangnya kreativiti. Memang tidak dinafikan, perkara yang baru sentiasa mendapat tentangan. Jadi, jika kita tidak berani untuk mencuba yang baru, sudah pasti hidup ini tidak ada perubahan. 

Mereka yang cuba melakukan perubahan kerap dipandang seorang atau dituduh sebagai tidak rasional dalam tindakan yang dilakukan. Jadi, tidak hairan jika ada orang menuduh gila atau tidak logik apa yang dilakukan itu. 

Sebenarnya, jika kita menoleh kepada kejayaan mereka yang hebat sebenar apa yang dilakukan sering dilakukan perbuatan gila dan tidak lojik. Tetapi, disebabkan sanggup terima kritikan dan berusaha keras untuk membuktikan bahawa apa yang dilakukan itu adalah usaha dan pilihan terbaik, maka mereka mendapat kejayaan yang luar biasa. 

Luar kawalan - Bebanan tugas menyebabkan pengusaha tidak melakukan tugas dengan sempurna. Keadaan ini memang lumrah dalam apa-apa tugas sekalipun. Namun, ia cukup berbeza bagi aktiviti berkaitan perniagaan yang terlalu banyak persaingan. Setiap langkah yang diambil akan menentukan untung rugi syarikat. 

Jadi, banyak perkara perlu dilakukan dalam masa yang sama. Perkara ini menyebabkan tidak mencapai tahap yang diharapkan. 

Tekanan perasaan. Aspek ini memang memberi kesan besar kepada terhalangnya kreativiti. Kalau fikiran dalam keadaan tertekan, otak akan menjadi serabut dan tidak dapat berfikir dengan baik. Akibatnya, tidak ada nilai kreativiti dapat diterapkan dalam aktiviti.

Peniaga perlu bersikap terbuka apabila berdepan tekanan perasaan. Malah, dalam banyak keputusan yang diambil terpaksa meniru apa yang telah dilakukan oleh syarikat lain. Cara itu secara langsung menghalang kreativiti dan sekaligus meletakkan syarikat pada tahap biasa dan mungkin berdepan cabaran lebih besar dengan syarikat yang telah lama beroperasi. 

No comments:

Post a Comment