Setelah lebih setengah tahun
mengulangi perbuatan terkutut menduakan suami, akhirnya suamiku mengetahuinya. Aku minta diceraikan.
Namun dia tidak setuju. Lebih mengejutkan, suamiku
membenarkan aku melakukan terus perbuatan kongsi isteri itu.
Itu selingkar kisah yang
berlaku dalam masyarakat. Tindakan suami membenarkan atau reda isteri melakukan
maksiat dianggap perbuatan dayus dan melakukan dosa besar.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Tiga golongan yang Allah
tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari
kiamat: si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki
dan si lelaki dayus" (Riwayat Ahmad & An-Nasai: Albani
mengesahkannya Sohih: Ghayatul Maram, no 278 )
Dalam sebuah hadis lain pula yang bermaksud: "Tiga yang telah Allah haramkan baginya syurga; orang
yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan si dayus yang
membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" (Riwayat Ahmad )
Dayus mengikut hadis ialah lelaki atau suami atau bapa yang
langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya
bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak
perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.
Dalam satu hadis Rasulullah SAW menjelaskan erti lelaki dayus ialah seseorang (lelaki) yang membiarkan kejahatan (zina, buka aurat, bergaul bebas) dilakukan oleh ahlinya (isteri dan keluarganya)
Dalam satu hadis Rasulullah SAW menjelaskan erti lelaki dayus ialah seseorang (lelaki) yang membiarkan kejahatan (zina, buka aurat, bergaul bebas) dilakukan oleh ahlinya (isteri dan keluarganya)
Lisan al-Arab, 2/150 dan an-Nihayah, 2/147 mendefiniskan dayus sebagai
"seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya
(isteri dan anak-anaknya).
Imam Al-Aini pula berkata: "Cemburu lawannya dayus"
(Umdatul Qari, 18/228 )
Manakala An-Nuhas pula berkata cemburu (iaitu lawan kepada dayus)
adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui
dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram " (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)
Disebut dalam kitab Faidhul Qadir bahawa dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki)
sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli
keluarganya ia tidak mengubahnya" (Faidhul Qadir, 3/327)
Imam Az-Zahabi pula berkata dayus adalah sesiapa yang menyangka (atau
mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji (seperti zina) maka ia
mengabaikan kerana cintanya kepada isterinya, maka tiada kebaikan
untuknya dan tanda tiada kecemburuan (yang diperlukan oleh Islam) dalam
dirinya" (Al-Kabair, 1/62 )
Imam Ibn Qayyim pula berkata sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat atau kecemburuan. Barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota (terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.
Imam Ibn Qayyim pula berkata sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat atau kecemburuan. Barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota (terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.
Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan
katanya dayus iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya
dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu (atau ingin bertindak), dan
termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang
wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat" (Al-kabair, 1/45 )
Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan
suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori dayus yang
tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.
Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu
dari api neraka.
Wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu
walau terpaksa bermatian kerananya.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli
keluarganya, maka ia adalah mati syahid" (Riwayat Ahmad, Sahih menurut
Syeikh Syuaib Arnout)
No comments:
Post a Comment