Banjir merupakan satu musibah. Sesungguhnya sesiapa yang melihat
bencana dalam bentuk pengajaran dan peringatan, maka dialah yang mendapat
keuntungan daripada bencana itu. Sebaliknya, sesiapa yang melihatnya dalam segi
kerugian dan kesensaraan, maka dia bertambah rugi. Rugi di dunia dan rugi
di akhirat. Bahkan, sikap itu akan membawanya lebih jauh daripada nikmat
dan petunjuk Allah.
Bencana adalah madrasah mentarbiah manusia
dan pada masa yang sama adalah pentas melihat watak dan sikap manusia
sebenar.
Berbagai-bagai ragam manusia yang dapat dilihat dan
dinilai pada waktu bencana banjir terburuk di Kelantan. Ia bukan bukan saja di
kalangan mereka yang menjadi mangsa, tetapi juga di barisan saf kepimpinan.
Di kalangan pemimpin dan jentera terlibat,
inilah masa terbaik untuk mengkaji semula SOP bencana. Banyak yang masih perlu
diperbaiki.
Di kalangan ahli politik, banjir usahlah
dijadikan medan meraih simpati dan memburukkan parti lawan. Inilah masa terbaik
untuk bekerjsama. Bantu semua orang tanpa mengira parti.
Bagi mangsa banjir sendiri, jangan terlalu
manja dan mengharapkan bantuan kerajaan. Memang benar, keadaan begitu sukar
untuk mangsa banjir, tetapi perlu diingatkan bahawa kebanyakan pihak yang
bertugas membantu mangsa banjir juga sebenarnya menjadi mangsa banjir.
Mereka bertungkus lumus dan mengerah seluruh
tenaga menyelamatkan mangsa banjir, sedangkan keluarga mereka sendiri dibiarkan
menguruskan sendiri segala tindakan dan keperluan semasa banjir melanda.
Mangsa banjir perlu turut sama membantu
memudahkan tugas agensi yang membantu mereka. Ketika bencana bukan masa untuk
menagih simpati atau hendak mendapat layanan istimewa.
Amat malang ada pihak mengambil kesempatan
mengaku sebagai mangsa banjir sedangkan tidak terlibat semata-mata hendak
mendapat bantuan. Mereka mengaku menjadi mangsa dan menagih bantuan lebih
bersungguh-sungguh berbanding mangsa banjir sebenar. Mereka merampas hak orang
lain yang lebih memerlukan.
Sikap mereka yang mendapat secara menipu
pastinya mendapat balasan daripada Allah SWT. Bala yang terlepas daripada
mereka, yakni banjir, tetapi mengaku terkena bala, maka Allah SWT akan
menggantikan bala lain yang lebih besar kepada mereka pada masa lain, atau
sudah pastinya di akhirt nanti.
Ada juga pihak yang mengaku ingin membantu
mangsa dengan memunggut bantuan atau sumbangan, tetapi tidak menyampaikan
bantuan itu kepada sasaran. Kalaupun disalurkan kepada yang memerlukan, tidak
seperti yang sepatutnya.
Ada sukarelawan yang datang dengan ikhlas
membantu. Seluruh tenaga dan hati nurani digunakan sepenuh untuk membantu
mangsa banjir.
Dan ada juga sukarelawan yang suka-suka
datang melawat. Lebih banyak berselfi dan bergambar untuk dimasukkan di
media sosial.
Ingatlah, Firman Allah SWT yang bermaksud: "Janganlah
kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah Allah memperbaikinya dan berdoalah
kepada-Nya dengan rasa takut tidak akan diterima dan harapan akan dikabulkan.
Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat
baik." (Surah Al A'raaf , ayat 56)
Dan firman Allah lagi yang bermaksud: "Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi sesudah Tuhan memperbaikinya. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika betul-betul kamu orang-orang yang beriman." (Al A'raaf , ayat 85)
Dan firman Allah lagi yang bermaksud: "Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi sesudah Tuhan memperbaikinya. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika betul-betul kamu orang-orang yang beriman." (Al A'raaf , ayat 85)
Bencana alam tidak berlaku begitu sahaja, tetapi menghala
kepada elemen sebab musababnya. Hukum alam dan ujian bencana alam semuanya
datang daripada Allah SWT. Namun, apakah yang kita ambil pengajaran daripadanya?
Insaflah bahawa segala bencana alam itu tidak berlaku dengan percuma dan berlalu dengan sia-sia, tetapi untuk dijadikan iktibar dan menimbulkan keinsafan di lubuk hati manusia.
Sekiranya kita masih tak sedar juga akan kebesaran dan kekuasaan Allah di sebalik semua kejadian itu, tak tahulah bala apakah yang menimpa kita.
Insaflah bahawa segala bencana alam itu tidak berlaku dengan percuma dan berlalu dengan sia-sia, tetapi untuk dijadikan iktibar dan menimbulkan keinsafan di lubuk hati manusia.
Sekiranya kita masih tak sedar juga akan kebesaran dan kekuasaan Allah di sebalik semua kejadian itu, tak tahulah bala apakah yang menimpa kita.
No comments:
Post a Comment