Sunday, 15 January 2017

BABI PUNCA MEREBAK PENYAKIT BAHAYA

Isu babi memang sensitif.  Untuk elak sebut perkataan babi, maka ditukar kepada nama khinzir,  Namun biarpun ditukar nama, babi tetap babi, haram dan menjijik bagi orang Islam. 

Firman Allah SWT mengenai pengharaman babi yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, Maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Surah Al-Baqarah:173)

Masalah ternakan babi yang ketara ialah soal kebersihan.  Mana-mana kawasan penternakan babi di Malaysia berdepan dengan masalah kebersihan dan bau busuk.  Ia mengganggu ketenteraman orang ramai.  Hal ini lebih-lebih lagi melibatkan isu agama dan kaum.  Justeru, isu ini sering dibangkitkan tetapi reda apabila wujudnya ’persefahaman’ antara yang terlibat.

Untuk menghadapi masalah tersebut, dicadangkan projek penternakan babi bersepadu di mana semua proses berkaitannya dilakukan di satu kawasan, seperti penternakan dan penyembelihan. 

Tahun 2008 dulu heboh dengan projek penternakan babi berskala besar melibatkan kos lebih 100 juta ringgit yang diluluskan kerajaan negeri Selangor.  Tidak pasti pula perkembangan projek tersebut. 

Apapun, perladangan babi secara kecil-kecilan wajar dihentikan. Para penternak berkenaan perlu dibimbing supaya memilih ternakan yang kurang risiko kepada alam sekitar selain ia tidak menjejaskan sensitiviti kaum dan agama di negara ini.

Singapura telah pun berbuat demikian. Walaupun majoriti penduduknya orang Cina, mereka memilih untuk mengimport daging itu. Ia sudah tentu mengambil banyak pertimbangan, antaranya sudah pasti soal ancaman kepada alam sekitar.

Sebenarnya, risiko ladang babi, sama ada berskala besar dan moden ataupun yang diternak secara kecil-kecilan, terhadap alam sekitar amat tinggi berbanding ternakan haiwan lain. Bezanya, ternakan secara moden lebih terkawal.

Berkaitan ancaman penyakit berkaitan babi, rakyat tentu tidak lupa kes yang terjadi apabila Negeri Sembilan dan Selangor diserang wabak penyakit Japanese Encephalitis (JE) pada tahun 1999. Hal ini telah banyak membawa kesusahan dan keperitan hidup seharian rakyat khususnya di sekitar kawasan yang dilanda wabak ini.

Menurut World Health Organization, virus JE disebarkan oleh nyamuk jenis Culex Tritaenniorhynhcus dan Culex Vishnui yang hidup di kawasan seperti sawah. Apabila nyamuk jenis tersebut menghisap darah babi, virus berkenaan dipindahkan ke dalam badan babi dan membiak.

Wabak tersebut menakutkan seluruh penduduk Malaysia dan memberi implikasi negatif kepada industri pelancongan dan perhotelan, serta pandangan umum masyarakt dunia terhadap Malaysia. 

Memang elok daging babi diimport dari luar negara.  Negara selamat daripada masalah yang berkaitan dengannya. 

Cadangan ini bukan ada kaitan dengan agama atau bangsa, tetapi lebih kepada untuk kepentingan bersama. 

Dalam al-Quran jelas menyatakan bahaya mengenai daging babi.  Firman Allah SWT yang bermaksud: "Katakanlah: 'Tiadalah aku peroleh wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi -kerana sesungguhnya semua itu kotor” (Surah Al An'aam: 145)

Babi adalah binatang yang sangat kotor kerana biasanya memakan segala sesuatu yang diberikan kepadanya dari mulai bangkai, kotorannya sendiri sampai kotoran manusia.
Babi memiliki tabiat yang malas, tidak menyukai matahari, sangat suka makan dan tidur, memiliki sifat tamak, dan tidak memiliki kehendak dan daya juang.

Dalam daging babi terlalu banyak bakteria, parasit dan kuman yang membahayakan. Sebab itu, jika dibiarkan berada di udara terbuka maka daging yang pertama kali busuk adalah daging babi berbanding daging binatang lain.

Bahkan, jika dimasak daging babi paling lambat ‘masak’.  Manakala proses penghadaman unsur babi mengambil masa paling lama iaitu kira-kira lima jam, berbanding hanya tiga jam untuk daging lembu dan kambing.

Singkatnya, Allah SWT ketika mengharamkan babi pasti memiliki maksud yang baik. Allah SWT faham betul batas kemampuan tubuh manusia mencerna makanan dan mempertahankan diri dari berbagai macam serangan parasit it.

Jadi, mengapa masih makan daging babi?  Kita tidak mampu menanya lanjut kerana ia sering dianggap isu sensitif dan berkaitan agama.  Akan ada yang mengatakan, itu haram untuk agama Islam, tetapi tidak kepada yang bukan beragama Islam.  Maka, ia sekadar terhenti di situ.

Pun, wajar bagi orang Islam lebih memahami atau mendapat maklumat sedikit sebanyak mengenai babi untuk dijadikan panduan pencegahan dan menginsafi tentang keburukan babi yang diharamkan.  Sesungguhnya, yang diharamkan oleh Allah SWT itu pasti mempunyai tujuan untuk kebaikan.

1. DARI SEGI WARNA. Jika dilihat, daging babi mempunyai warna yang lebih pucat dari daging lembu (lihat gambar), warna daging babi seolah-olah seperti warna daging ayam. Ia mempunyai warna merah pucat.

Namun perbezaan ini tak dapat dijadikan pegangan, kerana warna pada daging babi biasanya disalut dan disebatikan dengan pelumuran darah lembu, walau sebatian ini boleh dihilangkan dengan merendam di dalam air. Selain itu, di bahagian tertentu pada daging babi, warnanya mirip sekali dengan daging lembu sehingga sangat sukar membezakannya.

2. DARI SEGI SERAT DAGING. Perbezaan kelihatan dengan jelas antara kedua-dua daging. Pada daging lembu, serat-serat daging kelihatan padat dan garis-garis seratnya kelihatan jelas. Sedangkan pada daging babi, serat-seratnya kelihatan samar dan sangat renggang. Perbezaan ini semakin jelas ketika kedua-dua daging direnggangkan bersama.

3. DARI SEGI LEMAK YANG KELIHATAN. Perbezaan terdapat pada peringkat keanjalannya. Daging babi mempunyai tekstur lemak yang lebih elastik sementara lemak lembu lebih kaku dan berbentuk. Selain itu lemak daging babi sangat basah dan sukar dilepaskan dari dagingnya sementara lemak daging agak kering dan kelihatan berserat (lihat gambar).

Namun kita harus berhati-hati pula bahawa pada bahagian tertentu seperti buah pinggang, lemak babi kelihatan hampir serupa dengan lemak lembu.

4. DARI SEGI TEKSTUR. Daging lembu mempunyai tekstur yang lebih kaku dan padat berbanding dengan daging babi yang lembik dan mudah diregangkan (lihat gambar). Melalui perbezaan ini sebenarnya ketika kita memegangnya pun sudah terasa perbezaan yang nyata antara keduanya kerana dapat dirasakan daging babi lebih kenyal dan mudah direnggangkan. Sementara daging lembu terasa solid dan keras sehingga cukup sukar untuk diregangkan

5. DARI SEGI AROMA. Terdapat sedikit perbezaan antara keduanya. Daging babi mempunyai aroma khas tersendiri, sementara aroma daging lembu adalah hanyir seperti yang telah kita ketahui. Daging babi mempunyai bau yang meloyakan tekak & sukar diterima.

Dari segi bau inilah sebenarnya perkara paling penting untuk membezakan antara kedua-dua daging ini. Kerana walaupun warna telah ditukar dan dicampur antara keduanya, namun aroma kedua-dua daging ini masih boleh dibezakan. Sayangnya kemampuan untuk membezakan melalui aromanya ini memerlukan latihan yang berulang-ulang kerana memang perbezaannya tidak terlalu ketara.

6. CIRI-CIRI SECARA UMUM. Secara amnya, bentuk daging babi yang diternak dan babi hutan sangat mirip satu sama lain, sementara daging babi mempunyai perbezaan yang cukup banyak dengan daging lembu. Namun ketika kedua-dua jenis daging tersebut telah dicampurkan, apatah lagi setelah disebatikan dengan darah lembu, kedua-duanya (daging babi dan lembu) menjadi sangat sukar untuk dibezakan.

Seperti telah dijelaskan, antara sebab babi diharamkan ialah kerana ia punca penyakit. 

Daging Babi mempunyai cacing pita yang mendiami di dalamnya.  Kisah tentang cacing pita yang merbahaya ini,  tabib perubatan terkenal cina seperti Yan Show Tan, Sun See Moa dan Lee Shih Ch’en pada zaman Dinasti Tang dan Dinasti Ming telah memperingatkan tentang pelbagai mudarat yang boleh menimpa umat manusia yang memakan daging babi. Antaranya, mereka yang memakan babi akan mudah mendapat penyakit kemandulan, sakit tulang dan asma

Daripada kenyataan tabib terkenal Cina ini, dapat kita rumuskan bahawa bahaya yang menimpa manusia dari makan daging babi kepada 3 iaitu serangan pada sistem pembiakan, sakit tulang merujuk kepada tubuh badan mankala asma menerangkan serangan kepada sistem pernafasan kita.

Daging Babi juga mempunyai virus atau kuman dalam genetik babi yang akan menghasilkan puluhan  penyakit lainnya. Demikian menurut hasil kajian saintis barat.

Penemuaan yang mengejutkan telah dilapurkon oleh Journal of Virology 1997, kajian yang dilakukan oleh 12 orang pakar-pakar sains yang dipimpin oleh Dr. Yoshihiro Kawaoka dari Universiti Wisconsin.

Penemuan mereka jelas menunjukkan pada kerongkong babi terdapat sel-sel tertentu yang mampu mengubah pelbagai kuman virus yang biasanya tidak menjangkiti manusia akan bertukar menjadi kuman yang berbahaya,menjangkiti dan membunuh manusia, lebih membimbangkan lagi, menurut . Dr.Virginia Hinshaw, Dekan di Graduate School Universiti Wisconsin-Madison, sistem pertahanan manusia tidak mampu menangkis serangan dari virus-virus ini

Sebagai bukti yang hampir dan jelas seperti kenyataan yang dibuat oleh Profesor Robin Weiss, seorang pakar dalam bidang virologi dari Institut Kajian Kanser, London, berkata pada babi wujud retrovirus dari keluarga yang sama dengan kuman HIV. Ia tidak dapat dibuang atau dipisahkan dari babi kerana ia dibawa oleh benih DNAnya.

Merujuk kepada kenyataan pakar-pakar sains yang menganggap babi sebagai mixing vessel atau ‘tempat pelbagai kuman bertakung sebelum diubah ke bentuk yang berbahaya.’ dan juga kenyataan DR Virgina Hinshaw,  tidak hairanlah kuman HIV yang wujud sekarang ini adalah dari retro virus yang wujud pada babi yang telah dimutankan

Daniel S. Shapiro, M.D., Pengarah Clinical Microbiology Laboratories, Boston Medical Center, Massachusetts dan juga merupakan Penolong Profesor Perubatan di Pathology and Laboratory Medicine, Boston University School of Medicine, Massachusetts, merumuskan terdapat lebih daripada 25 penyakit yang boleh di jangkiti dari babi.

Ada di antaranya penyakit-penyakit ini berkebolehan membunuh kita seperti :influenza dan leptospirosis. Ia boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang. Penyakit- penyakit tersebut ialah;
1. Anthraxc
2. Ascaris suum
3. Botulism
4. Brucella suis
5. Cryptosporidiosis
6. Entamoeba polecki
7. Erysipelothrix shusiopathiae
8. Flavobacterium group IIb-like bacteria
9. Influenza
10. Leptospirosis
11. Pasteurella aerogenes
12. Pasteurella multocida
13. Pigbel
14. Rabies
15. Salmonella cholerae-suis
16. Salmonellosis
17. Sarcosporidiosis
18. Scabies
19. Streptococcus dysgalactiae (group L)
20. Streptococcus milleri
21. Streptococcus suis type 2 (group R)
22. Swine vesicular disease
23. Taenia solium
24. Trichinella spiralis
25. Yersinia enterocolitica
26. Yersinia pseudotuberculosis

Pada tahun 1997, ahli-ahli sains menemui telah menemui beberapa kuman virus lagi keluaran babi yang boleh menjangkiti manusia. Kuman-kuman ini belum pernah ditemui sebelum ini, antaranya ialah,
27. Porcine Torovirus.
28. Porcine Rotavirus (Variant 4F).
29. PRRS (Porcine Reproductive and Respiratory Syndrome Virus).
30. H3N2 Swine Flu Virus.

31. retroviruses PERVS – Virus ini membiak di dalam tabung uji yang mempunyai sel-sel buah pinggang manusia dan ia merebak melalui cecair yang ada pada tubuh manusia dan ini menyebabkan ia mudah menjangkiti orang lain. Dengan penemuan ini, Kerajaan British mengharamkan kesemua aktiviti pembedahan pemindahan alat / organ dari babi kepada manusia.

32. virus menangle dari kumpulan paramyxovirus, virus baru yang belum pernah ditemui oleh pakar-pakar sains dari Australia pada Ogos 1997

Dan kini virus H1N1 atau dikenali juga selesema babi, satu lagi penyakit yang dibawa oleh virus babi menyerang dunia.

Memakan Daging Babi akan menyebabkan penimbunan asid urik yang berlebihan di dalam badan manusia. Ini kerana babi tidak boleh disembelih kerana secara alamiahnya, lehernya pendek. Pada saat ia dimatikan, darah tidak memancut keluar seperti darah lembu.

Ini bererti darah babi bertakung di dalam dagingnya. Kandungan asid urik yang tinggi di dalam darahnya akan memberi banyak kesan negatif kepada kesihatan manusia.

Kewujudan flu yang merbahaya. Pada tahun 1918, ia di kenali sebagai Spanish flu atau (H3N2). ia  merupakan wabak yang paling teruk dalam sejarah dunia moden Mengikut beberapa kajian, kuman virus yang menyebabkan wabak ini datang dari babi-babi di Amerika. Ia menjangkiti tentera-tentera Amerika pada Perang Dunia I.

 Jangkitan kuman virus influenza ini, telah membunuh lebih kurang 20 juta manusia di seluruh dunia. Malahan ada yang menganggarkan mangsa-mangsanya yang sebenarnya berjumlah 40 juta orang. Di ikuti dengan Asian flu pada tahun 1957, Hong Kong flu 1968 dan Russian flu pada tahun 1977.

Dan kini virus H1N1 atau dikenali juga selesema babi, satu lagi penyakit yang dibawa oleh virus babi menyerang dunia dan apabila Allah mengharamkan sesuatu, ia pastinya suatu yang keji dan memudaratkan.

Penyakit yang dibawa oleh babi telah diketahui sejak dinasti Tang dan Ming di China. Beberapa rentetan sejarah moden juga telah membuktikan bahawa ia membawa bencana kepada umat manusia. Persoalannya,  kenapa ia masih diternak secara besar-besaran?

Sebagai contoh, di Perancis sahaja,  jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42.000 orang.  Bagaimana pula dengan jumlahnya di negara Cina, Thailand dan juga di Malaysia sendiri.

Jika tidak mendapat sambutan di pasaran,  bagaimana mereka boleh menternak babi???.  Persoalannya, bukankah 2/3 negara di dunia ini negara Islam. Kemanakah ia dipasarkan?  Soalan ini sepatutnya membuka mata anda.

Awasilah semua produk dari barat dan negara-negara bukan Islam. Memang dia tak datang dalam bentok daging yang berkeping-keping, tetapi dalam bentok lemak, kapsul, tisu, bulu dan sebagainya.


No comments:

Post a Comment