Sunday 15 October 2017

Jual diri untuk berjaya

Banyak orang menceburi perniagan dan berusaha untuk berjaya. Menceburi perniagaan dianggap cara untuk menjadi kaya sehingga tahap jutawan. Namun, tidak semua berjaya dalam mengapai cita-cita menjadi usahawan berjaya. Ada yang tersungkur di tengah jalan. Perniagaan tidak berkembang dan mengalami kerugian. Lebih malang terpaksa menanggug hutang yang banyak.

Berniaga bukan hanya membeli dan menjual sesuatu produk. Perniagaan satu yang kompleks dan memerlukan ilmu untuk menceburinya. Bukan boleh dianggap sebagai hanya cuba-cuba. Lainlah, jika sekadar mencuba berniaga modal dua tiga ratus ringgit saja.

Dalam kebanyakan perniagaan, kita perlu menjual diri untuk berjaya. Bina keyakinan diri agar nampak menonjol dan berjaya. Lakukan sesuatu membuatkan diri kita dipandang oleh orang lain. Untuk membentuk keyakinan dalam diri bukannya mudah, ia memerlukan kekuatan mental yang kuat untuk terus mengekalkan kepercayaan kepada diri sendiri.

Peniaga online sebagai contoh, biarpun nampak mudah, hakikatnya perlu menjual diri di media sosial. Pastikan penampilan diri di media sosial secara konsisten dan mempamerkan apa yang kita jual. Yakin diri dan berkongsi kebaikan apa yang kita jual.

Guna gambar profile dan gambar lain yang mencerminkan diri anda orang yang menepati apa yang dijual. Kalau jual produk kesihatan, pastkan kita sentiasa menceritakan tentang aktiviti yang mencerminkan kita sihat dan bertenaga.

Jika, menjual produk kurus, pastikan kita adalah orang yang kurus atau mempunyai berat badan unggul. Tentu sekali kita mempunyai wajah muka yang bersih, tidak semestinya cantik, jika menjual produk wajah.

Itu namanya menjual diri. Selalukan buat status di media sosial yang menampilkan keyakinan kepada produk yang dijual.  Tonjolkan gaya hidup yang bertepatan dengan produk yang dipasarkan.

Kalau semuanya menarik dan hebat, pasti produk itu akan mendapat perhatian yang menarik orang ramai membelinya atau menyertai sama. 

No comments:

Post a Comment