Gambar dirakamkan pada 15 November 1970
oleh Peter Hodge berlatar belakang Hentian Kereta Api Permatang, Sungai Manik.
Hentian ini di laluan landasan kereta api Teluk Intan - Tapah Road.
Sejarah landasan kereta api ini bermula
apabila Archibald Edward Harbord Anson yang merupakan Leftenan Gabenor Pulau
Pinang membuat pelan untuk membina bandar terancang Teluk Anson (Teluk Intan)
pada tahun 1882.
Landasan kereta api sepanjang 29.1 kilometer ini bermula di Stesen Tapah Road dan berakhir di Stesen Wharf (Pelabuhan) Teluk Intan.
Pada peringkat awal pembinaan, banyak halangan terpaksa dihadapi sehingga ia terpaksa dibatalkan. Halangan bentuk muka bumi paling mencabar. Bagaimanapun dua orang jurutera Perak State Railway iaitu Spence Moss (Jurutera Penasihat Keretapi) dan Jurutera Tempatan Keretapi T. Scott Gardner telah mengambil anisiatif untuk meneruskan pembinaan sehingga berjaya. .
Akhirnya pada tahun 1893 jalan keretapi Tapah Road dan Teluk Intan telah berjaya disiapkan. Pada 6 September 1893 landasan kereta api ini siap untuk digunakan. Landasan keretapi Teluk Anson dan Tapah Road telah dibuka secara rasmi untuk laluan jentera tersebut pada 18 Mei 1893.
Upacara ini telah dirasmikan oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat Sir Cecil Clementi, Residen Perak, Sir Frank Swettenham, Penguasa Hilir Perak dan Pegawai Kanan Keretapi, pembesar-pembesar negeri serta para jemputan yang lain.
Kebanyakan tren yang dijalankan di cawangan ini adalah tren campur (sebuah lokomotif + dua gerak koc penumpang + gerabak barang).
Perjalanan dari Tapah Road ke Waf Teluk Anson mengambil masa lebih kurang satu jam kecuali apabila berselisih. Tempat untuk tren berselisih (crossing) hanyalah di Stesen Sungai Tukang Sidin.
Laluan ini telah ditamatkan perkhidmatannya oleh KTMB pada tahun 1989. Akibat penamatan itu, landasan terbiar sehingga tidak dikenali sebagai landasan kereta api satu ketika dahulu. Besi dan kayu landasan telah dicungkil atau dibuang.
Stesen atau hentian juga terbiar sehingga tidak ada lagi rupa sebagai stesen. Gambar bawah dirakamkan pada 19 September 2019 Faizal Ahmad menampakkan perbezaan Hentian Permatang berbanding gambar di atas.

No comments:
Post a Comment