Sunday, 29 October 2017

MAKSUD WALAUN

Lama juga ambo mencari maksud walaun yang kerap digunakan di media sosial. Bahkan, ambo juga ditanya oleh seorang sahabat tentang maksud walaun dan tentulah ambo jawab tidak tahu. Hari ini (29-10-2017) baru ambo faham maksud walaun apabila membaca satu catatan seorang yang mencatatkan nama Alang Ibn Shukrimun di media sosial.

Di sini ambo salin dan tampal catatan itu.


AKU WALAUN

1. Mereka melabel orang-orang PAS yang masih istiqamah dengan perjuangan sebagai walaun. Kononnya ahli PAS telah tercandu dengan wala' sehingga sanggup bermatian demi gerakan tercinta ini.

2. Sebaliknya mereka menggambarkan tindakan berani keluar jemaah adalah tindakan terpuji. Melawan jemaah lama pula dianggap sebuah kebijaksanaan.

3. Mereka mempermainkan istilah wala' yang sebenarnya menjadi prinsip Islam. Wala' adalah tuntutan Allah dari al-Quran. Ia juga terkandung dalam hadis-hadis Nabi. Bahkan Ulama Islam membicarakan tajuk wala' zaman berzaman. Ia salah satu dari signature agama Islam.

4. Melabel ahli PAS dengan gelaran walaun tidak membuatkan imej PAS tercalar. Bahkan imej mereka yang merudum akibat mempermainkan ajaran Islam. Orang Islam yang sebenar tidak tergamak menggunakan istilah agama sebagai bahan sendaan.

5. Ahli PAS tidak perlu bersedih dilabel walaun sebaliknya perlu berbangga dengannya. Mereka telah mengiktiraf kita sebenarnya berpegang teguh dengan prinsip agama. Semoga kita bertemu tuhan terus dengan gelaran ini.

6. Dari sudut yang lain, mereka dulu keluar PAS sebab dilabel macam-macam oleh orang PAS. Kata mereka budaya melabel bukan budaya sihat. Tapi nyata hanya lidah sahaja yang manis. Teori sendiri pun tak mampu dipatuhi.

7. Dengan bangganya diisytiharkan, aku walaun!

(Alang Ibn Shukrimun)

#istiqamah...

3 comments:

  1. ek eleh parti maksum

    ReplyDelete
  2. Hahaha walaun badigol

    ReplyDelete
  3. Walaun penunggang agama

    ReplyDelete