Saturday 18 August 2018

Biji jagung warna warni glass gem

Kewujudan tanaman yang 'pelik' sama ada dari segi tempoh matang, kadar penghasilan, bentuk pokok, hasil berbeza dan pelbagai kelainan semakin bertambah jumlahnya. Antara penghasilan yang semakin mendapat perhatian sekarang ialah jagung berwarna warni.

Asal-usul jagung ini sebenarnya dari Oklahoma. Carl Barnes seorang petani yang telah menghasilkan jagung warna-warni ini. Jagung ini merupakan hasil kacukan dari pelbagai jenis jagung yang telah wujud sebelum ini. 

Barnes mengumpulkan biji jagung dengan pelbagai jenis kemudian menanam di ladangnya sendiri. Jagung biji berwarna-warni yang merupakan hasil kacukan dari jagung pawnee, jagung osage berbiji merah, dan jagung osage berwarna kelabu.

Pokok jagung yang dihasilkan melalui kacukan tidak banyak bezanya dari segi fizikal dan penanamannya, kecuali hasil bijinya berwarna warni.

Jagung berwarna warni itu dipanggil glass gem. Ia sesuai ditanam di kawasan beriklim tropika atau panas sepertimana kebanyakan jenis jagung lain. Jagung warna warni kini telah berkembang di seluruh dunia dengan kacukan genatik tempatan.

Permintaan terhadap jagung warna warni ini tinggi kerana ramai tertarik dengan keunikan warnanya. Namun, jagung warna warni tidak sesuai untuk dimakan seperti kebanyakan jagung jenis lain kerana lapisan luar bijinya lebih keras berbanding jagung biasa. 

Jadi ia lebih sesuai untuk dijadikan popcorn dan tepung jagung. Mungkin selepas ini jagung ini akan melalui proses kacukan yang mana bijinya lebih sesuai untuk dimakan seperti jagung biasa.

No comments:

Post a Comment