Tuesday 14 August 2018

Kejayaan tanam anggur di Malaysia

Pokok anggur hidup di kawasan beriklim sejuk dan mediterinum. Malaysia beriklim tropika berhawa panas. Jadi, tentu satu perkara 'mustahil' untuk pokok anggur hidup subur di Malaysia. Namun, itu hanya tanggapan dan 'keyakinan' yang betul pada tiga atau empat dekad lalu. Sebaliknya, kini anggup mampu hidup subur di Malaysia dan mengeluarkan buah.

Biarpun tidak ditanam dalam skala besar, penanaman anggur di Malaysia semakin berkembang, terutama di kalangan mereka yang menjadikan aktiviti menanam sebagai hobi. Sudah ramai yang mencuba dan berjaya menanam anggur sehingga mengeluarkan buah.

Sekarang ini anak benih anggur boleh dibeli di kebanyakan kedai menjual anak pokok buah-buahan dan pokok hiasan. Anda boleh belajar cara menjaganya dari penjual anak benih anggur itu. Ataupun, sekarang ini banyak maklumat boleh dicari di internet yang mengajar A hingga Z mengenai penanaman, pembajaan dan penjagaan pokok anggur sehingga mengeluarkan buah.

Penanaman dan penjagaan pokok anggur tidak sukar jika tahu cara dan kaedah yang betul. Satu kepuasan apabila sesuatu yang masih jarang dilakukan oleh orang lain berjaya dilakukan dengan baik. Anda yang berminat boleh mencubanya sendiri. 

No comments:

Post a Comment