Tuesday 18 September 2018

KEBAIKAN KOLAM AIR PANAS SEMULA JADI

Kolam air panas menjadi tumpuan orang ramai untuk merasai kehangatan air panas yang keluar dari rekahan batu batan jauh dari perut bumi. Fenomena ini berlaku disebabkan oleh aktiviti gunung berapi yang kurang aktif jauh di dalam perut bumi.

Di dalam perut bumi kandungannya adalah cecair panas atau wap. Wap panas akan melalui rekahan gunung berapi untuk ke permukaan bumi. Sepanjang pergerakan naik itu wap panas akan kehilangan sebahagian habanya. 

Wap panas itu mengembang apabila sampai berhampiran permukaan bumi dan kemudian bertukar menjadi cecair dan seterusnya membentuk mata air yang panas. Air yang keluar itu seperti air sedang gelegak melimpah keluar dari tempat memanas. Air panas yang keluar sedikit berbau belerang atau sulfur. 

Air panas semula jadi yang keluar dari perut bumi baik untuk kesihatan. Ia mengandungi banyak galian terutama sulfur yang berupaya mengatasi masalah kulit. Dalam masyarakat kita telah lama mengamalkan menggunakan air panas semula jadi untuk mengubat penyakit kulit seperti kudis dan gatal.

Manakala kajian pakar perubatan di Jepun telah mendapati air panas semula jadi juga amat baik untuk merawat penyakit dalaman seperti lenguh-lenguh badan, sakit jantung, darah tinggi, lumpuh, kencing manis dan barah. Ia baik untuk membaiki perjalanan darah.

Sebenarnya, mandi dan merendam kaki di dalam kolam yang mempunyai sumber air panas dari bawah tanah bukan sesuatu yang janggal di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Sambil meluangkan masa lapang dan berehat, orang ramai gemar berkunjung ke kolam air panas semula jadi untuk menyerap kebaikan airnya kerana dikatakan boleh mengubati pelbagai penyakit seperti tekanan, sakit kulit, lenguh badan, sendi, mengeringkan kesan luka akibat kemalangan serta membantu melancarkan semula pengaliran darah.

Setiap kali rendam kaki dan mandi di kolam air panas, tubuh rasa ringan. Lenguh dan sengal hilang. Memang baik mengamalkan rendam kaki dalam air panas semula jadi.

No comments:

Post a Comment