Jambatan atau
dalam dialek Kelantan dipanggil gertok atau gertak. Dalam Kamus Dewan ejaannya
ialah gertak yang merujuk kepada dialek Kelantan dan Terengganu yang bermaksud
jambatan pendek.
Sungai
Kelantan yang merupakan sungai terpanjang di negeri yang mendapat jolokan
Serambi Mekah itu membelah dua kawasan timur dan barat.
Beberapa
jambatan atau gertok dibina untuk menghubungkan kawasan yang terpisah itu.
Jambatan yang pertama dibina adalah Jambatan Sultan Yahya Petra menghubungkan
Kota Bharu dengan Pasir Pekan, Tumpat.
Jambatan Kedua ialah Jambatan Pasir Mas
Salor. Manakala jambatan ketiga ialah Jambatan Sultan Ismail Petra yang
menghubungkan Pendek di barat dengan Tendong di timur.
Ketiga-tiga
jambatan itu memang memberi banyak manfaat kepada penduduk Kelantan. Jambatan
Sultan Yahya Petra dan Jambatan Pasir Mas Salor rata-rata dikenali dan sering
disebut oleh rakyat Kelantan.
Namun, jika
ditanya kepada kebanyakan rakyat Kelantan, termasuk yang sering menggunakan Jambatan
Sultan Ismail Petra, ramai tidak mengetahui mengenai kewujudan nama jambatan
itu.
Ini kerana
Jambatan Sultan Ismail Petra lebih dikenali dengan nama Gertok Ibrahim Ali di
kalangan penduduk Kelantan, terutama penduduk Pasir Mas.
Nama Ibrahim Ali
digunakan sebagai pengiktiran penduduk kepada jasa Ibrahim Ali yang dikatakan
mempunyai peranan langsung dalam merealisasikan pembinaan jambatan itu.
Jambatan
berharga RM166.3 juta sepanjang 960 meter merintangi Sungai Kelantan itu
dirasmikan oleh Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra pada 15 September 2003.
No comments:
Post a Comment