Perlu makan tembikai atau
timun cina bersama kulit bahagian dalam berwarna putih untuk mendapat kebaikan
khasiat yang tersimpan pada bahagian kulit putih. Biasanya kita tidak makan
bahagian putih kulit tembikai kerana rasanya tawar.
Sebab itu, semasa
membuat jurai tembikai, bahagian kulit putih akan dibuang. Hanya bahagian
berwarna merah atau kuning (tembikai kuning) sahaja yang akan diambil untuk
dihidangkan. Begitu juga, kalau jurai bersama kulit, semasa dimakan, hanya
bahagian merah yang dimakan.
Bahagian kulit yang berwarna putih
pada tembikai mengandungi likopen yang merupakan antioksidan yang mampu merawat
masalah kulit. Pada kulit tembikai juga kaya kandungan vitamin C dan vitamin
B6.
Kulit tembikai juga
mempunyai khasiat untuk memperlancar aliran darah yang boleh menghalang masalah
pada fungsi kardiovaskular seperti tanda-tanda penyakit jantung. Selain itu
kulit tembikai dapat menangani gejala hipertensi, mengatasi jangkitan pundi kencing
sehingga mengatasi gejala anemia.
Terdapat cara mudah
memanfaatkan kulit tembikai. Pertamanya dengan memakan terus bahagian kulit
tembikai bersama isi berwarna merah. Ketika potong tembikai, hanya buang kulit
luar berwarna hijau.
Biarkan kulit tembikai
putih bersama-sama isi berwarna merah. Ketika makan, mula makan bahagian putih
kerana ia rasa tawar dan diikuti bahawa isi berwarna merah. Dengan cara itu,
anda akan mengimbangi rasa tawar yang dimakan pada mulanya.
Cara kedua ialah
dengan membuat jus tembikia dengan mengisar kedua-duanya sekali. Kedua-duanya
sebati menjadi jus. Rasanya lebih enak.
Cara ketikga ialah
mengasingkan bahagian kulit putih itu dan kemudian boleh dijadikan 'sayur'
untuk dibuat acar dan sebagainya.
Satu lagi kaedah memanfaatkan bahagian
kulit tembikai berwarna putih ialah dengan mengisar bahagian kulit yang
berwarna putih itu kemudian sapukan di seluruh wajah seperti menggunakan mask.
Biarkan bahan tersebut selama 10-15 minit kemudian bilas dengan air dingin
sehingga bersih. Kaedah ini untuk mengatasi masalah jerawat dan memberi
kesegaran bahagian muka.
No comments:
Post a Comment