Tidak ramai kenal pokok kulim yang juga dipanggil bawang
hutan. Namun jika disebut Kulim, Kedah ramai yang tahu kewujudan tempat itu
biarpun tidak pernah pergi ke sana. Di Pasir Putih, Kelantan pula ada nama
tempat Gong Kulim.
Pokok kulim semakin kurang ditemui, kecuali di dalam hutan
tebal. Pokok kulim tergolong kategori pokok sederhana keras. Pokoknya tinggi
dan batang pokok boleh dijadikan balak.
Pokok ini mengeluarkan buah kulim. Buah kulim juga dipanggil
bawang hutan. Buah kulim biasanya berbuah sama dengan musim durian. Saiz buah
kulim sebesar buah pinang dan sebesar penumbuk orang dewasa. Ia mempunyai
lapisan luar bertempurung dan isirung yang padu di dalamnya. Bau isinya seperti
bau bawang putih, malah lebih menyengat daripada bawang putih. Itulah punca
buah kulim dipanggil bawang hutan.
Buah kulim digunakan sebagai perasa di dalam masakan dan
kulitnya dijadikan sebagai bahan unik dalam memanggil ikan masuk ke dalam bubu.
Buah
kulim dipercayai mempunyai kaya khasiat yang digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan menjaga
kesihatan.
Antara
khasiat buah kulim ialah merawat atau mengawal:
-
Kencing manis.
-
Buasir berdarah.
- Masalah buah pinggang.
- Masalah buah pinggang.
-
Penyakit darah tinggi.
-
Penyakit resdong.
-
Penyakit gout.
-
Membuang kolesterol.
-
Menghilangkan rasa berat, badan menjadi ringan dan bertenaga.
- Membuang toksin dari dalam badan.
No comments:
Post a Comment