Satu tugas utama ahli
parlimen ialah hadir di sidang parlimen. Mereka bertanggungjawab membawa isu
rakyat dan membincangkan di Dewan Rakyat. Tugas mereka juga membahaskan sesuatu
rang undang-undang sebelum dibuat undi sama ada menarima atau menolak sesuatu
rang undang-undang.
Malang sekali amat
mendukacitakan sikap ahli parlimen yang suka ponteng sidang Dewan Rakyat.
Mengapa mereka berebut kerusi dan sanggup melakukan apa sahaja demi dipilih
sebagai ahli parlimen, namun apabila dipilih, kerusi mereka di parlimen
dibiarkan kosong.
Apa erti ada ahli
parlimen sedangkan kerusi mereka di parlimen semasa sidang berlangsung dibiarkan
kosong. Mereka tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan oleh
pengundi kepada mereka.
Sepatutnya ahli parlimen
perlu didisplinkan diri dan dihukum jika gagal untuk hadir tanpa alasan
munasabah ke sidang Dewan Rakyat seperti yang dijadualkan.
Tindakan itu penting bagi memastikan jumlah kehadiran mereka ke Dewan Rakyat sentiasa mencukupi korum dan menjamin kelancaran perjalanan dewan.
Perkara ini perlu dijaga kerana parlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan persekutuan di mana undang-undang digubal selain menjadi forum perbincangan perkara-perkara berkaitan kepentingan rakyat.
Tindakan itu penting bagi memastikan jumlah kehadiran mereka ke Dewan Rakyat sentiasa mencukupi korum dan menjamin kelancaran perjalanan dewan.
Perkara ini perlu dijaga kerana parlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan persekutuan di mana undang-undang digubal selain menjadi forum perbincangan perkara-perkara berkaitan kepentingan rakyat.
Kegagalan ahli parlimen hadir ke sidang Dewan
Rakyat tanpa alasan munasabah bermakna suara rakyat tidak dapat dibawa ke
peringkat yang tertinggi.
Kegagalan itu juga bermakna ahli parlimen
berkenaan gagal untuk menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka oleh
rakyat melalui proses pilihan raya.
Tugas wakil rakyat ialah mewakili suara
rakyat di parlimen. Jika mereka ponteng, ini bermakna mereka tidak berdisplin
dan gagal menjalankan tugas yang diamanahkan.
Untuk mengelakkan sikap ini berterusan, satu
mekanisme kawalan perlu diadakan supaya sidang berjalan lancar. Amat malang
apabila berlaku penangguhan seketika sidang Dewan Rakyat yang sepatutnya dimulakan
atau disambung semula selepas waktu rehat kerana tidak cukup korum.
Masalah ketidakhadiran wakil rakyat yang
semakin ketara itu juga mungkin disebabkan kurangnya pemahamanan sebahagian
besar daripada mereka mengenai fungsi, tugas dan tanggungjawab mereka sebagai ahli
parlimen.
Kebanyakan
ahli parlimen hanya hadir ketika perbahasan unsur tertentu dan mula menunjuk
lagak dengan berbahas tanpa berhemah. Ketika itulah mereka ingin menunjuk diri
sebagai jaguh.
Di negara-negara maju seperti Britain,
wakil-wakil rakyat amat mementingkan kehadiran mereka di persidangan parlimen.
Rumusan mudah, usah
jadi ahli parlimen dan letak jawatan jika tidak berminat berada di kerusi di
dalam parlimen semasa sidang Dewan Rakyat.
No comments:
Post a Comment