Monday 4 February 2019

PUSAT PEMBELAJARAN OUM KELANTAN

Universiti Terbuka Malaysia (OUM) mempunyai pusat pembelajaran di seluruh Malaysia, termasuk di Kelantan. Pusat Pembelajaran Kelantan atau OUM Kelantan terletak di Lundang, Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu Kelantan.

OUM Kelantan memiliki bangunan sendiri dengan suasana selesa untuk mahasiwa berurusan dan belajar di situ. Bangunan OUM Kelantan asalnya dikenali Bangunan Petronas yang menempatkan pejabat dan stesen minyak Petronas.

Namun, bangunan setinggi lima tingkat itu kini telah berubah wajah. Tingkat dua dua hingga lima masih dikekal keadannya, kecuali bahagian dalam.

Yang ketara perubahannya ialah apabila bahagian bawah yang dahulunya menjadi stesen minyak telah diubahsuai menjadi ruang bangunan sepenuhnya apabila diambil sepenuhnya oleh OUM Kelantan.

OUM Kelantan membuka peluang untuk calon berkelayakan menyambung pengajian peringkat diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan Ph D secara separuh masa.

Mereka yang berminat boleh datang ke OUM Kelantan untuk bertemu dengan pegawai berkenaan untuk mendapat maklumat lanjut.

Rebut peluang untuk menjadi sebahagian keluarga besar OUM dan mencapai cita-cita untuk memperoleh kelulusan yang diimpikan.

No comments:

Post a Comment