Friday 1 March 2019

KEKAL SOKONGAN RAKYAT


Perpecahan sokongan rakyat kepada pemerintah adalah bencana besar kepada sesebuah negara. Tentu ada sebab mengapa rakyat bertindak sedemikian.

Perkara ini lebih serius jika terdapat pihak luar mengambil kesempatan menjadikan keadaan lebih buruk. Fenomina ini berlaku di banyak buah negara Islam sehingga menyebabkan pemerintah digulingkan dengan kerjasama pihak luar.  

Kekuatan pemerintah lahir hasil daripada perpaduan dan sokongan rakyat. Jika rakyat berpaling tadah dan menjemput pihak luar untuk menjatuhkan pemerintah, maka hilanglah kuasa rakyat sendiri dalam menentukan nasib bangsa sendiri. 

Pemimpin perlu memahami kehendak rakyat. Dekati dan selami perasaan rakyat. Jangan layan rakyat seperti musuh.

Sesungguhnya sejarah kejatuhan empayar Kesultanan Melayu Melaka bukan kerana hebatnya tentera Potugis yang menyerang, tetapi disebabkan ada di kalangan pembesar yang berpaling tadah dan memberi sokongan kepada musuh. Mereka membekalkan maklumat sistem pertahanan dan beberapa aspek yang membawa kepada kekalahan Melaka. 

Sejarah yang berlaku pada Melaka lebih 500 tahun lalu mungkin berulang pada negara ini jika rakyat tidak berhati-hati.

No comments:

Post a Comment