Pokok kantan atau lebih dikenali pokok bunga kantan merupakan
tumbuhan herba yang hidup berumpun seperti pokok lengkuas. Sebab itu mereka
tidak arif tentang pokok kantan akan mengatakan itu pokok lengkuas.
Pokok kantan tergolong pokok liar yang tumbuh tanpa ditanam
dan tidak memerlukan penjagaan. Pokok kantan boleh hidup subur di kawasan
rendah asalkan tidak menakung air. Sebab itu pokok kantan banyak terdapat di
tepi sungai atau paya.
Pokok
kantan memerlukan tanah yang lembab dan subur iaitu yang mengandungi banyak
humas. Untuk tumbuh subur, pokok kantan memerlukan sedikit naungan dari
pokok yang lebih besar atau tinggi daripadanya.
Pokok kantan membiak melalui rizamnya dan biji benih yang
terhasil daripada buahnya. Rumpunnya sentiasa bertambah daripada anak pokok yang tumbuh
melalui rizomnya. Bunga pokok kantan juga tumbuh melalui rizom pokok yang
terdapat di dalam tanah.
Biarpun pokok kantan tumbuh meliar, kini usaha penanaman
pokok kantan dilakukan secara kecil-kecilan di kebun atau laman rumah. Ini
kerana bunga kantan mendapat permintaan tinggi untuk dijadikan ramuan dalam
pelbagai menu masakan, terutama laksa pinang.
Pokok kantan biasanya
dibiakkan melalui keratan rizom daripada sebatang pokok. Jarak yang sesuai antara
satu pokok dengan pokok yang lain ialah 1 meter hingga 2 meter.
Anak-anak pokok akan
muncul daripada rizom tersebut setelah beberapa minggu disemai. Anak pokok kantan
boleh juga disemai melalui biji benih kantan yang matang. Bunga kantan yang
tidak dituai akan mengeluarkan buah kantan yang mengandungi biji benih yang
boleh disemai tetapi pertumbuhannya agak lambat.
Hanya setahun atau
lebih selepas ditanam, pokok kantan mula berbunga dan berbuah. Selalunya
bunga-bunga kantan yang belum kembang dipungut dengan memotong di bahagian
pangkal batang.
No comments:
Post a Comment