Warna dan objek sering dikaitkan dengan
pertubuhan, parti politik mahupun NGO. Jika ada seseorang berpakaian baju
berwarna tertentu, maka ia dikaitkan dengan yang berkaitan dengannya.
Sebenar itu semua hanya persepsi. Tiada fakta
atau kebenaran mengenainya. Melainkan ia dijelaskan atau pengakuan dibuat oleh
orang berkenaan.
Persepsi ini adakalanya sekadar satu gurauan.
Hanya sengaja ingin mengusik atau menduga orang berkenaan.
Namun, ada orang membuat persepsi itu
sifatnya bersungguh-sungguh. Ia yakin benar apa yang dikatakan itu adalah fakta
dan perkara itu pula dipercayai dan diyakini oleh pihak lain.
Contohnya, apabila ambo memuat naik gambar di
atas, ada mengaitkan ambo menyertai parti tertentu. Ambo tahu, ramai sekadar
bergurau dan menduga sahaja.
Gurauan itu mungkin diambil serius oleh pihak
lain. Maka, akan tesebarlah cerita mengenai kononnya ambo benar-benar menyertai
parti berkenaan.
Sedangkan hakikatnya, ambo sendiri tidak
menafikan atau mengiyakan kerana tidak semua perkara perlu dijelaskan.
Hal berkaitan persepsi inilah yang meluas
dalam masyarakat. Mereka ambil serius mengenai perkara itu seperti ia
benar-benar berlaku.
Akibat persepsi yang tidak terkawal itulah yang
menjadi punca kepada fitnah. Sesungguhnya, fitnah ada dosa yang besar dan lebih
bahaya daripada membunuh.
No comments:
Post a Comment