Sunday 1 September 2019

BEZA PANGKAT KEPTEN DENGAN KAPTEN

Ramai yang keliru antara pangkat 'kepten' dengan 'kapten' . Kedua-dua pangkat itu secara sebutannya adalah sama. Namun, tahap atau kedudukan antara keduanya jauh berbeza.

Kepten adalah pangkat dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Manakala kapten pula digunakan untuk pangkat pegawai dalam perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Kepten dalam TLDM adalah setaraf pangkat Kolonel dalam perkhidmatan TDM dan TUDM.

Untuk memudahkan kefahaman kedudukan pangkat TDM dan TLDM disenaraikan urutan pangkat berkenaan.

Untuk TDM dan TUDM, pangkat pegawai bermula Leftenan Muda (Lt. Muda), Leftenan (Lt), Kapten (Kapt), Mejer (Mej), Leftenan Kolonel (Lt. Kol), Kolenel (Kol), Brigediar Jeneral (Brig Jeneral), Mejer Jeneral (Mej Jeneral), Leftenal Jeneral (Lt. Jeneral) dan Jeneral (Jen).

Manakala pengkat pegawai TLDM bermula Leftenan Muda (Lt. Muda), Leftenan Madya (Lt. Madya), Leftenan (Lt), Leftenan Komander (Lt. Komander), Komander, Kepten (Kept), Laksamana Pertama (Laksma Pertama), Laksamana Muda (Laksma Muda), Laksamana Madya (Laksma Madya), Laksamana (Laksma).

Berdasarkan pangkat itu, terdapat dua perbezaan pangkat yang sebutan sama, tetapi berbeza dari segi haraki pangkat dalam TDM dan TUDM dangan TLDM.

Pangkat Leftenan dalam TDM dan TUDM adalah haraki kedua, tetapi dalam TLDM adalah ketiga. Pangkat Leftenan dalam TDM dan TUDM menyamai Leftenan Madya dalam TUDM. Sedangkan pangkat Leftenan dalam TLDM menyamai Kapten dalam TDM dan TUDM.

Pangkat Kepten dalam TLDM pula menyamai Kolenel dalam TDM dan TUDM.

Disebabkan terdapat perbezaan ini biasanya dalam penulisan akan ada pengguna tanda perkhidmatan mereka selepas nama. Contohnya Leftenan Aziz (TLDM), Leftenan Abu (TUDM). Biarpun kedua-duanya menyandang pangkat Leftenan, nama haraki pangkat mereka berbeza.

Untuk pegawai TDM biasanya tidak ditulis 'TDM' di hujung nama mereka.

1 comment:

  1. Assalamualaikum Skot moga terus berkarya. Cari pucuk ubi . baru tahu Ibu kayu pulut namanya.

    ReplyDelete